Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 mempunyai asasnya.
Wikileaks, mendakwa bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 ahli parlimen Sabah telah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.
Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.
Ini kali pertama sumber di luar daripada pembangkang yang mengesahkan legitimasi Hari Malaysia seperti yang didakwa oleh Anwar itu. Walaupun berbulan lamanya Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa mereka akan mengambil alih Putrajaya pada tarikh yang simbolik itu, namun, ia tidak menjadi kenyataan.
Walau bagaimanapun, cakap-cakap mengenai pembelotan itu diperkuatkan apabila Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan seminggu sebelum tarikh berkenaan. Ia dihadiri sebahagian besarnya oleh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.
Kabel yang dilabelkan sebagai sulit itu, bagaimanapun, menegaskan walaupun ahli-ahli politik kanan Sabah berkenaan sebulat suara tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah, mereka pada masa yang sama tidak pula menyokong Anwar.
Perkara itu dikatakan ada kaitan dengan 'luka lama yang didakwa masih berdarah' apabila Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamed berperanan utama mengulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada 1994.MalaysiaKini
Menyokong Perjuangan DSAI
Iklan Penaja
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...