Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 15, 2011

Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus, jika gabungan itu mentadbir negara ini.

KUALA LUMPUR: Sekretariat Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus, jika gabungan itu mentadbir negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Terengganu dan Kelantan juga akan menerima royalti berkenaan seperti mana yang terkandung dalam Buku Jingga.

“Buku Jingga ialah tawaran terbaik untuk rakyat melalui dasar bersama Pakatan Rakyat dan Terengganu serta Kelantan layak menerima kerana dua negeri  ini juga merupakan pengeluar minyak antara yang terbesar di Malaysia,” katanya dalam sidang media sekretariat itu hari ini.
Beliau berkata demikian kerana terdapat kekeliruan mengatakan hanya Sabah dan Sarawak sahaja tertakluk kepada 20 peratus royalti minyak seperti dijanjikan Buku Jingga.

Sejak beberapa tahun lalu, empat negeri itu kekal berada di antara lima negeri paling tinggi mencatatkan kadar miskin dan kemiskinan tegar, meskipun mempunyai kekayaan sumber minyak.
Menurut Dzulkefly, di bawah dasar Umno Barisan Nasional sejak dahulu sehingga kini, negeri berkenaan hanya menerima lima peratus dari keseluruhan hasil minyak.

“Lima peratus itu pun hanya dinikmati segelintir kelompok yang rapat dengan Umno BN. Berbanding 20 peratus tawaran Pakatan, ia bermatlamat membasmi kemiskinan sekaligus memberi manfaat majoriti rakyat di empat negeri itu,” katanya.
Buku Jingga ialah manifesto bersama Pakatan Rakyat yang mengandungi sebahagian besar dasar bersama KEADILAN, Pas dan Dap.

Ia mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.
Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara, termasuk memansuhkan ISA, merombak struktur subsidi dan menghapuskan tol.

Akibat ketakutan kerajaan terhadap Buku JIngga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengarahkan media yang dikuasai Umno, khususnya Utusan Malaysia memburuk-burukan kandungan Buku Jingga.
Pada masa sama, Najib sehingga kini enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai buku itu, meskipun sebelum ini beliau dilihat memperlekehkan agenda Pakatan Rakyat itu.KeadilanDaily

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...