SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat di negeri itu tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan ‘tidak sabar’ menukar kerajaan negeri sekarang.
“Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur yang amat menjengkelkan,” ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat.
Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan.
“Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan “Skim Kesihatan Wanita” yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu,” tambah beliau.
Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan.
Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa.
Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian.
“Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat.
“Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.KeadilanDaily
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Jumaat, September 30, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Najib Gagal Lindungi Wang Pesara - PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan semalam menghujahkan Datuk Seri Najib Razak ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal melindungi d...47 minit yang lalu
-
'Dia tanya you pilih Allah ka mahu pilih saya?' - Hafidzul Hilmi Mohd NoorKuala Lumpur: "Kami dijadikan seperti 'show' (pertunjukan), dia siap cakap you (awak) mahu pilih Allah ke mahu pilih saya," kata pe...Sejam yang lalu
-
-
EHH…JANGANLAH MENGAKU SUDAH TUA TUN, SIAPA PULA NAK JADI PM DARIPADA PEJUANG NANTI? - Kata Tun Mahathir Mohamad, beliau kini tidak lagi mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga kerana berasakan dirinya sudah terlalu tua. “Sekiranya sa...6 jam yang lalu
-
Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah, Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu - KUALA LUMPUR - Bekas Penyerang berbisa Sri Pahang, Dickson Nwakaeme, menyifatkan pasukan itu sebagai tidak sepatutnya terhimpit dengan situasi penyingkir...23 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Keempat (i)* *TERIMA KASIH TONSIL* TIDAK pasti apakah semasa kecil aku menghidap radang tonsil atau tidak? Mungkin berlaku, sebab ghalibnya tonsil ...Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...