Sabtu, September 10, 2011

Negara berkebajikan untuk semua!!! - Presiden PAS

September 10, 2011
GOMBAK, 10 Sept — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan parti Islam itu akan adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Kata beliau, konsep negara berkebajikan yang merupakan ucapan dasar presiden Jun lalu merupakan altenatif untuk menghidupkan amalan demokrasi yang gagal dilakukan kerajaan pusat sedia ada.

“Kita nak undi semua bukan orang Melayu sahaja, ini tanggungjawab kita untuk betulkan keadaan. Kita adil untuk semua,” katanya kepada The Malaysian  Insider.
Terlebih dahulu pada sidang media sempena Konvensyen Negara Berkebajikan di sini hari ini, Hadi berkata pihaknya akan menggunakan konsep negara berkebajikan sebagai manifesto dalam pilihan raya umum ke-13.

“Hari ini kita anjurkan konvensyen negara berkebajikan untuk dipanjang untuk menghadapi pilihan raya umum, ini menunjukkan kesungguhan kita untuk menyertai pilihan raya umum akan datang walaupun kita dibayangi dengan maklumat yang cukup mendukacitakan di mana terdapat rancangan penipuan, kita dapat kesan perkara ini dan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini.

“Jadi jangan nak tipu, kita dah dapat maklumat . . . mereka nak tutup isu ini dengan isu-isu yang dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar untuk menghidupkan demokrasi dan memulihkan demokrasi dengan pelbagai cara,” katanya.
Justeru beliau menasihatkan Barisan Nasional (BN) agar tidak memberikan janji-janji kosong kepada rakyat dengan niat mendapatkan sokongan.

“Sebab itu kita nasihatkan kerajaan jangan gunakan gula-gula sementara kepada rakyat, bila habis gula-gula, tangisan bersambung kembali, tak selesai masalah,” katanya.
“Sebab itu mesti kerajaan bersungguh-sungguh bertanggungjawab untuk menghidupkan demokrasi dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya, sebab itu kita gerakkan jentera parti di seluruh negara supaya bawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat bersama Pakatan Rakyat.

“Pilihan raya ini kita akan kenalkan konsep negara berkebajikan supaya seluruh jentera parti memahami hasrat negara berkebajikan ini,” katanya.
Konvensyen itu diadakan untuk menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan.
Konvensyen itu juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan dasar presiden.TheMalaysiaInsider

Menyokong Perjuangan DSAI

Iklan Penaja

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng