Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 22, 2011

Tahniah!!! DSAI Sokong Pelaksanaan Hukum Hudud..


KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan.
Menurut beliau Hudud dilihat sebagai aspek penting dari segi perundangan Islam sekaligus menjaga kepentingan hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Namun katanya kepada media ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
"Buat masa sekarang pada dasarnya saya percaya ia dapat dilaksanakan. Melihat aspek tertentu bahawa ada jaminan pentadbiran yang adil.
"Ia tidak langsung melanggar hak-hak orang bukan Islam," kata beliau.
Nik Aziz terdahulu menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar beliau melaksanakan hukum Hudud pada era pemerintahan Najib sebagai melucukan.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara, mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman Hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum Hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum Hudud,” katanya.TVSNEWS

Komen Seorang Hamba Allah
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.....(44 surah Al Maidah)

Kepada Umno dan Pemimpin mereka faham tidak makna ayat Allah diatas ?? apakah kebal kulit2 mereka olih api neraka jahanam ?? kepada penyokong dan pencacainya baik diblog atau dimana2 masih lagi ingin membela parti ini ... teruskanlah !!
   
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...