Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 20, 2011

Fitnah 2 Peguam Kerajaan Umno Tanya Soalan Bodoh...Buat Malu Malaysia Jee...!!

Pendakwaan: Dr McDonald bukan pakar DNA

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.

NONEYusof bermula dengan cuba mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.

Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.

Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.

McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.

Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.

Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.

McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.

dr brian mcdonald sodomy llYusof: Adakah anda pernah dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, menganalisis?

McDonald: Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.

Yusof: Adakah anda melatih orang?

McDonald: Ya, dalam semua bidang termasuk tafsiran.

Yusof bertanya bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran dan pengalamannya dan Dr Mc Donald menjawap melalui kerja-kerja yang dijalankannya, melakukan ujian serta analisis.

Yusof: Bilakah kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?

McDonald menjelaskan bahawa pada tahun 2004, "Saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Tugas itu kini dilakukan oleh robot. Saya seorang saintis kanan dan perkara itu dilakukan oleh orang bawahan dan robot."MalaysiaKini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI
    

2 ulasan:

  1. yusof...yusof..kau ni bangang ke apa???????

    BalasPadam
  2. apabila otak dan minda termakan racun umno inilah jadinya.....dapat gelaran Profesor menjadi prosefor kangkung dapat jadi peguam, jadilah peguam bangang..kerana mengharapkan sesuap nasi dari umno.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...