Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 23, 2011

DSAI Sampai Mesej PRU 13 di Terengganu Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan mesej sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Setiu dan Kuala Nerus, hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, siri lawatan Anwar ke negeri ini bagi menyampaikan mesejnya secara langsung kepada rakyat.

“Hari ini, Datuk Seri Anwar akan berkunjung ke Permaisuri, Setiu dan Batu Enam, Kuala Nerus untuk bertemu rakyat secara langsung.

“Anwar akan menyampaikan sendiri mesej kepada rakyat di Terengganu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, insya Allah,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika berkunjung ke Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota melahirkan rasa bangga dengan sambutan rakyat terhadap rumah terbuka PAS Terengganu.

Menurutnya, pelbagai lapisan masyarakat Melayu, Cina dan India termasuk di kalangan pemimpin MCA Terengganu hadir meraikan majlis tersebut.

Ini katanya, petanda penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

“Saya lihat sambutan rakyat hari ini cukup baik dan meriah kerana semua lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina dan India hadir.

Menurutnya, usia kepimpinan Umno dan BN sudah berada dipenghujung yang mesti digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama ke majlis tersebut mantan Pengerusi PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof serta beberapa orang pemimpin PKR Cabang Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.HarakahDaily

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...