Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 24, 2011

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu bukan Muslim memberi pandangan jujur

Hudud: Nik Aziz kini minta bukan Islam buat pendirian

September 24, 2011
 
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Di sebalik kemunculan semula isu kontroversi pelaksanaan hukuman hudud sejak awal minggu ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukuman hudud dilaksanakan?
“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terbaru dipaparkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinan berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Isu itu berkembang sebagai kontroversi terbaru apabila kelmarin Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz  (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Anwar secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.
Dalam isu berkaitan, semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata manifesto gagasan Pakatan Rakyat perlu diutamakan berbanding prinsip parti masing-masing.
Justeru Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan  fokus mengangkat martabat rakyat perlu diketengahkan bagi merialisasikan hasrat membentuk sebuah kerajaan baru.

“Sesungguh pun parti dan komponen Pakatan Rakyat ada pendirian tentang isu masing-masing, tetapi kita bekerjasama atas satu landasan yang telah pun dipersetujui dan dicatit secara hitam putih dan ditandatangani secara bersama. Inilah yang kita panggil manifesto Pakatan Rakyat,” katanya.
Namun kata Lim, DAP tetap dengan pendirian untuk tidak menyokong cadangan PAS Kelantan melaksanakan hudud selain berharap keputusan tersebut dihormati kedua-dua pihak.

“Pendirian Nik Aziz tentang hudud amat konsisten. Sama juga dengan pendirian DAP juga konsisten bahawa kita kurang bersetuju,” tambah beliau.Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno juga tiada masalah untuk melaksanakan hukum hudud tetapi berkata Malaysia belum bersedia ke arah itu.
Malah semalam,MCA mengancam akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan undang-undang itu.TheMalaysiaInsider

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...