Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 12, 2011

Tahniah!!!! Nik Nazmi: ‘Pasca-2008 banyak berubah, kami dapat selami kehendak pengundi’

 
September 12, 2011
KELANA JAYA, 12 Sept — Meskipun ketika itu bulan Ramadan, beliau menggunakan masa yang terluang selepas sembahyang tarawih untuk membincangkan urusan bahagian atau dikenali sebagai cabang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Ketika pertemuan dengan The Malaysian Insider, Nik Nazmi Nik Ahmad, 29, calon termuda ketika pilihan raya umum Mac 2008, juga menunjukkan muka depan laporan pihaknya telah disediakan. Beliau dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menilai dan membantu persediaan cabang-cabang di Wilayah Persekutuan.

“Saya telah meneliti persediaan di Wilayah Persekutuan dan merasakan mereka telah memulakannya dengan baik, malah menjadi pencetus untuk
kami di Kelana Jaya agar tidak alpa,” kata beliau.

Nik Nazmi ketika mengunjungi bazar Ramadan dengan mengedarkan buah kurma dan terbitan PKR baru-baru ini.
Laporan itu memfokus mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Nik Nazmi menambah, selepas Aidilfitri “kami akan menyediakan bilik gerakan pilhan raya Kelana Jaya.”

“Beginilah, kami menggunakan apa saja ruang yang ada untuk membincangkan strategi kami, sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya . . . tak tahu bila akan diadakan, tetapi nampaknya semakin dekat,” kata penulis buku “Mendepani Zaman — Melayu untuk Abad ke-21” ini. Ia turut diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
Ketika ditemu bual semasa bulan Ramadan di kawasan pusat perdagangan Mentari, Nik Nazmi juga menunjukkan buku barunya “Coming Age”, hasil koleksi tulisan beliau sepanjang dua tahun lalu. Ia berada di pasaran sejak awal minggu lalu.

Beliau juga diajukan soalan lazim yang ditanya kepada wakil rakyat-wakil rakyat lain sebelum ini. Nik Nazmi yang telah membantu PKR sejak beliau berusia 19 tahun menjawab: “Mula-mula saya rasa sukar.”
“Tetapi saya dapat menyesuaikan diri dengan pengundi kawasan saya . . . dapat mengaturkan masa yang secukupnya untuk pengundi bertemu saya dan saya bertemu dengan masa.

“Saya mengaku memang di peringkat awal ada sedikit rungutan . . . beberapa bulan yang pertama, pengundi berkata mereka mahu jumpa sekerap yang boleh. Saya faham keperluan dan kehendak mereka. Tetapi ia dapat diatasi,” kata bekas setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak 2008 hingga 2010.

“Ya, di peringkat awal saya terpaksa membahagikan masa sebagai wakil rakyat dan sebagai setiausaha politik MB . . . secara kebetulan, Pakatan pun baru mengambil alih kerajaan negeri,” katanya lagi.
Pada tahun 2008, kerusi Dewan Undangan Negeri mempunyai 35,079 pengundi. Daripada jumlah itu, 55 peratus merupakan pengundi kalangan kaum Melayu, Cina (15 peratus) dan baki 30 peratus India.

Tiga tahun lalu beliau menewaskan Seripah Noli Syed Hussin dari BN dengan perbezaan 2,863 undi. Nik Nazmi mengumpulkan 13,838 undi dengan peratusan keluar mengundi 71.6 peratus atau 25,115 pengundi.

Difahamkan beliau memperoleh 55 peratus sokongan pengundi masyarakat Cina, Melayu antara 45 hingga 48 peratus manakala kaum India menyumbangkan 60 hingga 65 peratus ketika tsunami politik melanda negara.

Kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Setia tersenarai sebagai bahagian pilihan raya kawasan pinggir bandar walaupun dikelilingi atau terdekat berhampiran dengan bandar Petaling Jaya, Sunway, Subang dan Shah Alam.
“Saya masih merasakan persaingan kali ini masih sengit dengan 42 peratus pengundi kalangan orang Melayu. Saya melihat sebagai satu tugas yang berat,” kata wakil rakyat bagi kawasan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya perlu meningkatkan usaha bagi menambah sokongan orang Melayu dan India, ataupun sekurang-kurangnya mengenakan paras sokongan yang diperoleh pada 2008,” katanya lagi.

Ruang yang ada ketika bulan Ramadan yang lalu digunakan untuk membincangkan strategi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Majoriti mereka yang tinggal di kawasan itu khususnya kawasan perumahan pangsapuri dan rumah teres merupakan penduduk kawasan Seri Setia itu sendiri. Bagaimanapun situasi itu tidak mencerminkan di pihak mereka yang bekerja di kawasan-kawasan komersial seperti pusat dagangan Mentari. Begitu juga golongan muda yang merupakan pelajar pusat pengajian tinggi. Seri Setia terdiri daripada dan dekat dengan tiga buah universiti swasta.

Nik Nazmi sedar bahawa sebagai wakil rakyat, perkhidmatan beliau diperlukan oleh penduduk - tidak kira sama ada pengundi ataupun bukan pengundi.
Itu sebabnya, ketika tinjauan dibuat pada sebelah malam di kawasan-kawasan golongan muda berlepak, sukar untuk menentukan siapa pengundi dan siapa sebaliknya. Keadaan itu berbeza dengan di kawasan-kawasan luar bandar, di mana mudah untuk menentukan pengundi.

“Pun begitu saya dapat bertemu dengan pengundi-pengundi saya di kawasan,” kata beliau yang turut menggambarkan kawasan-kawasan yang padat penduduk seperti Pangsapuri Desa Mentari yang mempunyai 5,000 unit.
“Bagi mereka, penduduk kawasan ini... mereka memerlukan penyelesaian mengenai isu tempat letak kereta dan surau... bagi orang India, mereka memerlukan tapak membina kuil.

“Jadi, saya kena menyelesaikan isu-isu yang sensitive . . . seperti kata orang, menarik rambut daripada tepung, rambut ditarik tepung tak berselerak,” kata beliau.
“Perkara ini saya tekankan ketika berucap ketika  Ramadan, isu-isu semasa yang timbul, saya jelaskan,” kata beliau.

Bahagian pilihan raya Seri Setia ini merangkumi kawasan sempadan Kampung Medan (PJS5) dan Bandar Sunway sehingga Batu Tiga dekat Shah Alam.
Nik Nazmi melihat kelebihan ciri-ciri pada penduduk dan pengundi di kawasan Seri Setia menjadi satu kelebihan kerana mereka ada akses kepada maklumat alternatif tanpa hanya terhad kepada berita dibawa media milik Umno.

“Ya, saya melihat penduduk di kawasan ini berpelajaran, ada akses kepada maklumat ‘online’, tidak terpengaruh dengan laporan TV3, atau RTM,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau juga mengakui pengundi zaman sekarang tidak seperti dahulu di mana boleh meletakkan harapan bahawa mereka akan “setia dengan sepanjang masa.”
“Berdasarkan pemerhatian saya, saya melihat keadaan itu sudah berubah . . . mereka tidak menunjukkan kesetiaan sepanjang masa . . . maksudnya mereka boleh berubah bila-bila masa.

“Tetapi apa yang penting kita kena bertemu mereka, mewujudkan akses kepada mereka untuk mudah berhubung dengan mereka . . . ini saya wujudkan walaupun pada peringkat awal ada sedikit masalah,” kata Nik Nazmi sambil menambah, “pengundi juga merasakan sudah ada perubahan berbanding zaman wakil rakyat BN dahulu.”
“Politik sekarang berubah dengan cepat,” katanya lagi.
“Ini perubahan yang saya puas hati, dapat sediakan kepada rakyat . . . ini politik baru yang maksudkan,” kata beliau.TheMalaysiaInsider

Menyokong Perjuangan DSAI

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...