Rabu, September 14, 2011

Istana, parti politik dan kuasa

Hayatilah teori politik Istana, Parti Politik dan Kuasa
Bila orang Pas berguling di jalan raya cuba halang kereta Raja Muda Perak jelas ancaman kepada institusi raja bukan dari UMNO tetapi dari Pakatan Rakyat yang menghasut rakyat biasa.

Perpecahan masyarakat Melayu dimastermind oleh Anwar Ibrahim telah mencabar kekuasaan Istana dan UMNO. Politik Malaysia adalah hubungan kuasa antara Istana, UMNO dan rakyat.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan.


Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:
Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.


Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.


Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.


1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
2008 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.


Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.


Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.

Bagaimana Pakatan Rakyat mahu menyaingi UMNO dan Barisan Nasional? Itu adalah soalan yang menarik untuk dibincangkan. Pakatan Rakyat perlu guna:
Idea universal sejagat
Islam dan agama


Masalahnya idea universal sejagat ini belum difahami dan dimergerti oleh majoriti rakyat Malaysia. DAP dan PKR tercari-cari apa nilai universal sejagat sesuai dengan rakyat Malaysia.

Pas pula hala tuju Islamnya samada secara addin atau ideologi nampak tidak keruan kerana tidak jelas apa Islam mahu dibawa. Pas sebenarnya sudah keliru bila bicara kuasa Putrajaya.

UMNO dan Raja-Raja Melayu sangat berpengalaman dan arif tentang Istana, parti politik dan kuasa.SinarHarian

Menyokong Perjuangan DSAI

Iklan Penaja

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng