Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 10, 2011

Kisah Mat Indera Terus Popularkan Mat Sabu!!


TAIPING 10 SEPT : Di sebalik kontroversi ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor  21 Ogos lalu terus dikecam hebat oleh media kawalan Umno-Barisan Nasional, kelibat pemimpin PAS itu terus mendapat perhatian rakyat.
Buktinya, ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat malam tadi mendapat sambutan menggalakkan rakyat apabila ia membariskan Mohamad sebagai salah seorang tetamu.
Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dalam ucapannya di hadapan kira-kira 6,000 hadirin berkata, hakikatnya apa yang dipaparkan oleh media arus perdana tidak menggambarkan hal yang sebenar.
Dalam ceramah berasingan, beliau turut memaklumkan akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia Isnin ini berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong.


Tempoh 24 jam yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat semalam.
"BN memperkudakan media arus perdana khususnya lidah Umno, Utusan Malaysia mengecam saya bertubi-tubi selama lebih 13 hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidilfitri walaupun ajaran Islam menyuruh sifat maaf bermaafan sempena musim Bulan Syawal,"kata Mat Sabu.


Dalam ceramahnya di Padang Menora, Mat Sabu menyifatkan Ahmad Indera atau Mat Indera adalah pejuang sebenar kemerdekaan dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu.
Namun kenyataan Mat Sabu itu diputar belit sehingga memperlihatkan beliau seolah-olah mengagungkan komunis.
Dalam pada itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, Umno-BN kekontangan idea sehingga sanggup mengubah kenyataan Mat Sabu dan dipaparkan dalam versi mereka.
" Oleh kerana itu terpaksa memakai taktik kotor dengan kempen fitnah untuk menghina sifat pemimpin PR walaupun serangan peribadi yang bersifat politik akhirnya semua terbukti palsu dan remeh.


"Umno mengecam Mat Sabu cuba bela komunis tetapi adalah fakta umum Setiausaha Agong Umno, Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor telah menandatangani perjanjian
kerjasama dengan Parti Komunis Cina di Beijing pada tahun 2010. Selain itu, Parti Komunis Cina yang merupakan Bapa kepada Parti Komunis Malaya(PKM) adalah tetamu kehormat khas di Perhimpunan Agong Umno atas jemputan parti tersebut,"katanya lagi.


"Ini terbukti Umno bersikap talam dua muka dan cuba memperdayakan rakyat dengan usaha licik yang cukup hipokrit,"tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 6,000 warga Taiping yang membanjiri Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Bukit Jana sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer, malam tadi.


Beliau juga menyifatkan kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dalam ceramah Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gagasan itu berjaya mewujudkan landskap politik baru dalam negara ini.
Justeru katanya, beliau yakin nasib rakyat juga akan lebih terbela di bawah pimpinan yang dekat di hati rakyat.
“Rekod Jabatan Perdana Menteri sendiri mengakui Perak kini telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga miskin diseluruh Negara dengan 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak mempunyai purata pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jika tidak ubah sekarang, bila lagi?,"katanya.
Selain Mat Sabu  dan Nga Kor Ming, ceramah malam tadi turut dihadiri naib pesuruhjaya PAS negeri, Ustas Misbahul Munir, ADUN Aulong, Yew Tian Who, dan pesuruhjaya PAS parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin.TVSNEWS

Komen : Tahniah!! Mat Sabu.... anda akan di sokong oleh rakyat malaysia...!!

Menyokong Perjuangan DSAI

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...