Beliau menyatakan pemberontakan Arab di negara seperti Mesir, Libya dan Syria merupakan tanda bahawa majoriti Muslim memilih demokrasi dan keadilan sebagai pegangan mereka berlandaskan prinsip Islam.
Anwar turut memberi contoh Turki di bawah pimpinan Tayyib Recep Erdogan sebagai contoh negara Muslim sederhana yang progresif, berdaya saing dan mempunyai wawasan untuk merubah sistem dan moden.
"Islam dan demokrasi amat serasi. Kita telah menyatakan berkali- kali bahawa Turki adalah contoh apa yang boleh dicapai negara Islam jika pemimpin mereka benar- benar menurut prinsip asas Islam," tegas Anwar dalam ucapan pembukaan di Perhimpunan Keamanan Antarabangsa di Munich semalam.
Anwar mengimbau memori serangan ke atas bangunan Pusat Perdagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 ketika beliau masih dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh ketika itu.
Menurut Anwar serangan dashyat itu berniat jahat dan ia membuka ruang kepada negara Amerika Syarikat dan negara barat lain menempiaskan rasa marah mereka kepada dunia Islam.
Namun menurut Anwar, persepsi tersebut mula berubah dan beliau berharap agar paranoia masyarakat barat terhadap Islam dapat dihilangkan dengan cara dialog dan memahami kepercayaan masing- masing.
Anwar menyatakan prinsip keamanan Islam dapat difahami dan dikongsi bersama ke seluruh dunia.
"Dalam dunia hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa pergerakan untuk merubah menuju demokrasi dan keadilan telahpun berkembang pesat. Dalam proses ini, perkongsian cita- cita universal bersama akan melahirkan keamanan dan keharmonian yang kita mahukan. Ini adalah cita- cita yang menggerakkan kita untuk mencari kebenaran, keadilan dan belas kasihan," kata Anwar.
Pada awal pagi 11 September 2001, 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan Washington, D.C.
Dua kapal terbang tersebut telah merempuh menara timur dan barat World Trade Center (WTC) di New York dan satu kali berjaya merempuh bangunan Pentagon di Washington DC.
Amerika Syarikat ketika itu di bawah pimpinan George W Bush kemudiannya melancarkan 'Peperangan ke atas Keganasan' ke atas Osama Laden dan Al Qaeda yang mengaku bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut dan menakhluk Iraq serta Afghanistan sehingga kini.
Menurut Anwar keadaan ini perlu dilihat dari sudut berlainan dan seluruh dunia yang berbeza kepercayaan agama perlu belajar untuk bersatu dalam memastikan keamanan dan keharmonian. Kecuali kita menerima kepelbagaian agama sebagai kuasa yang menyatukan, terlalu kurang kemajuan yang boleh dicapai," kata beliau lagi.
Anwar turut menegaskan bahawa konsep jihad dalam Islam tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya sebagai satu bentuk pembersihan jiwa.
"Al-Quran mengajar bukan sekadar kepada rohani tetapi juga kebijaksanaan...Ia (Jihad) panggilan jiwa kepada mereka yang taat untuk melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan, membangunkan keadilan dan membantu mereka yang miskin yang lemah. Paling penting, Jihad menyuruh Umat Islam untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta memelihara kesucian nyawa dan harta," kata beliau.TVSNEWS
Menyokong Perjuangan DSAI
Jersi Bola Malaysia Untuk Di Jual....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...