KUALA LUMPUR, 26 Sept: Dari perspektif dan sudut Islam harus diingatkan bahawa adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini.
Berikut adalah ingatan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini berada di luar negara dalam satu kenyataan esklusifnya kepada Harakahdaily sebagai mengulas kontroversi pelaksanaan hukum hudud yang hangat diperdebatkan kini.
Cabaran mantan perdana Tun Dr Mahathir Mohamad kepada PAS dan khususnya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Tuan Ibrahim seolah-olah menunjukkan Umno, yang pernah satu waktu dulu mendakwa sendiri sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia, memiliki kebebasan penuh daripada tanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah.
“Mencabar PAS melaksanakan hukum Allah ini seolah-olah Umno tidak wajib melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa Umno sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia.
"Umno yang diberi mandat memerintah negara selama 54 tahun, saya nasihatkan agar jangan merasa bebas lepas dari tanggungjawab melaksanakan hukum Allah ini sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan,” tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Sebagaimana kontroversi Mat Indera dan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai sejarah pra-kemerdekaan yang diperbesarkan oleh media pro Umno, Tuan Ibrahim berkata beliau optimis bahawa kontroversi hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk kepada hukum hudud akan pergi memahami hudud secara mendalam daripada menakuti hukum hudud semata-mata tidak tahu.
“Manusia sifatnya takut pada benda yang dia tidak tahu. Selepas tahu dan faham, mereka tidak akan takut lagi. Seperti kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, sebelum cuba, rakyat sangsi dan takut, selepas cuba rakyat berasa selesa dan bahkan, kini rakyat melihat Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara,” terang beliau.
Kenyataan Tuan Ibrahim dilihat senada dengan Mursyidul Am PAS, yang terdahulunya menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.
“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.
“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya dalam satu majlis di Kuala Terengganu dua hari lepas.
Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".
Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.
"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.
"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.
Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.
"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.
"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam. Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.HarakahDaily
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Senarai Blog...Geng
-
ANWAR JANGAN JADIKAN PESAWAT RASMI KERAJAAN MACAM BAS PERSIARAN - Barangkali kerana ada sedikit rasa bersalah disebabkan terlalu kerap ke luar negara, sedangkan ekonomi dan pendapatan negara tidak pun bertambah berlipat...Sejam yang lalu
-
CUBA BAGI PADA MARANG. - MARKAH D TAMPARAN YANG MEMALUKAN ANWAR 20 November 2024 Pagi ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di tanah air setelah melakukan lawatan rasmi k...2 jam yang lalu
-
8 maut, Perodua Alza bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo - CHERINE JONAnggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Alza yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, be...5 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...13 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Isnin, September 26, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...