Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 28, 2011

DSAI TQ Utusan..!!!

Anwar: Terima kasih banyak, Utusan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?"

Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu.

Ejen berkenaan didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

Dakwaan berkenaan ditimbulkan dalam tulisan bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Zaini mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.MalaysiaKini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

1 ulasan:

  1. bn/umno/apco merancang,hak mutlak penentuan adalah allah swt.hukum hudud hukum allah swt.itu adalah perintah mutlak allah swt,ekau siapa bn/umno/apco untok menafikanya atau menolak?.siapa media arus perdana dan seangkatan denganya untok berdabik dada,merobek,menabur fitnah dan mnegnyahkan perintah allah swt?EKAU SIAPA?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...