Isnin, September 12, 2011

UmnoBN Sekarang Banyak Salah Guna Kuasa..!! Jom Ubah!!

Sistem pilihan raya lemah

SHAH ALAM - Sistem pilihan raya tidak telus dan adil punca kegagalan amalan demokrasi di negara ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sistem pilihan raya adalah perkara asas dalam membentuk negara yang demokrasi.

“Pas kata Kerajaan Pusat gagal hidupkan amalan demokrasi kerana, mereka monopoli semua yang ada tanpa memberi ruang kepada pihak lain.

“Antaranya, sistem pilihan raya yang tidak telus, apabila politik wang berleluasa dan pengundi hantu di mana-mana,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, parti pemerintah juga menggunakan media perdana sepenuhnya sebagai medium mereka meraih sokongan rakyat.

“Di negara lain, contoh terdekat Indonesia, apabila pilihan raya umum (PRU) diumumkan, semua parti yang bertanding dibenarkan keluar di semua stesen televisyen tidak kira milik siapa untuk menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat.

“Perkara ini tidak berlaku di negara kita. Hanya Barisan Nasional (BN) dibenarkan menggunakan medium itu untuk menyampaikan agenda mereka,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan penggunaan jentera kerajaan oleh parti pemerintah walaupun Parlimen sudah dibubarkan.

Jelasnya, apabila Parlimen bubar, masing-masing sudah tiada jawatan, setiap mereka yang bertanding berada pada tahap yang sama.

“Apabila keluar berkempen, guna jentera kerajaan, dari bantuan sehinggakan kenderaan; guna harta milik kerajaan.

“(Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman dahulu pun guna kenderaan sendiri ketika beliau keluar berkempen, tetapi pemimpin BN hari ini menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada,” katanya.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan manifesto Pas untuk PRU-13 berkonsepkan negara berkebajikan.

Tuan Ibrahim berkata, ramai yang salah anggap konsep kebajikan digunakan kerana konsep itu tetap memegang kuat prinsip Islam yang dibawa mereka.

“Di dalam negara berkebajikan, ada banyak aspek lain, kebajikan hanya salah satu sahaja, tetapi ada perkara lain ditekankan seperti berakidah, bersyariat, ada halal haram, spiritual dan fizikal. Sebab itu, Pas kata, manifesto ini sesuatu untuk semua bangsa dan agama,” katanya.SinarHarian

Komen : Jom Ubah Demi Maruah.... Jom Ubah Demi Rakyat.....Undilah Pakatan Rakyat..!!

Menyokong Perjuangan DSAI

Jersi Bola Malaysia Untuk Di Jual....

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng