KUALA LUMPUR: Beban kehidupan rakyat akan bertambah parah berikutan langkah kerajaan melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan melaksanakan GST selepas pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan itu sekaligus bertentangan dengan jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Julai lalu bahawa GST akan ditangguhkan lebih lama.
Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sebelum ini berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan dilaksanakan.
Menurut Abdul Rahman, kerajaan terpaksa melaksanakan GST tregesa-gesa kerana sumber kewangan negara semakin tenat disebabkan amalan rasuah dan ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun.
“Pelaksanaan GST ini disebabkan sumber kewangan negara sudah kehabisan akibat rasuah dan ketirisan, maka kerajaan terpaksa mengambil cukai daripada rakyat untuk menampung keperluan kewangan negara.
“Ini menunjukan kewangan negara tenat dan pelaksanaan tergesa-gesa ini membuktikan Najib lebih mengutamakan kroni berbanding kesengsaraan rakyat,” katanya.
Katanya, banyak projek yang menelan jutaan ringgit terpaksa diselamatkan dengan kontrak baru secara runding terus yang akhirnya menyebabkan kosnya melonjak tinggi.
Tambah beliau, kenyataan Najib bahawa pengenalan GST seiring dengan pengenalan cukai pendapatan juga tidak relevan kerana kelompok membayar cukai pendapatan di negara ini hanya sekitar 10 peratus.
Sedangkan mereka yang akan membayar GST adalah seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak bekerja dan melibatkan semua jenis barangan dan perkhidmatan.
Ketika ditanya apakah Pakatan rakyat mampu menghapuskan GST jika mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Abdul Rahman optimis Pakatan mampu berbuat demikian berdasarkan janji yang terkandung dalam Buku Jingga.
“Buku Jingga menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara, menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara dan ini terbukti berlaku di Selangor dan Pulau Pinang apabila kerajaan mempunyai surplus (lebihan).
“Malah Pakatan dapat buat kebajikan seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Di Kelantan dan Kedah walaupun keadaan sumber pendapatan terhad, juga mampu menjaga kebajikan rakyat.
“Ini menunjukkan kita berupaya untuk menghapuskan GST,” katanya.KeadilanDaily
Menyokong Perjuangan DSAI
Senarai Blog...Geng
-
ANWAR JANGAN JADIKAN PESAWAT RASMI KERAJAAN MACAM BAS PERSIARAN - Barangkali kerana ada sedikit rasa bersalah disebabkan terlalu kerap ke luar negara, sedangkan ekonomi dan pendapatan negara tidak pun bertambah berlipat...Sejam yang lalu
-
CUBA BAGI PADA MARANG. - MARKAH D TAMPARAN YANG MEMALUKAN ANWAR 20 November 2024 Pagi ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di tanah air setelah melakukan lawatan rasmi k...Sejam yang lalu
-
8 maut, Perodua Alza bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo - CHERINE JONAnggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Alza yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, be...4 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...12 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Khamis, September 15, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jadi semua barang yang ada GST jangan belilah. Pakatan perlu rangka cara untok beli barang yang tiada GST.Yang penting barang keperluan harian seperti makanan. Baju lain lain jarang kita beli.
BalasPadam