Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 19, 2011

Fitnah Liwat II: Beranikah Najib Dan Rosmah Tampil?

Fitnah Liwat II: Najib dan Rosmah akan tampil?

Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini.

Perbicaraan masih berterusan sehingga ke hari ini selepas cuti Hari Raya dengan Anwar kemungkinan dikaitkan pula dengan skandal terbaru apabila seorang blogger yang mesra dengan Umno mengancam akan mendedahkan sebuah lagi klip video seks yang bertarikh 12 Januari tahun ini.

Blogger Papa Gomo juga mendedahkan bahawa video CCTV itu dirakamkan sebelum 22 Februari, ketika video seks yang diambil oleh trio Datuk T dirakamkan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah didakwa dan dikenakan denda.

NONEMcDonald, yang merupakan saksi keempat pembelaan dijangka mengambil masa dua hari lagi untuk melengkapkan keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pendakwaan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri akan tampil memberi keterangan mereka minggu ini.
MalaysiaKini

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...