Iklan Penaja 1

Khamis, Ogos 20, 2015

HOT!! : PAS SHAH ALAM PULA LETAK JAWATAN...


Selepas kepimpinan PAS di tiga kawasan di Selangor meletakkan jawatan beramai-ramai semalam, kini giliran kepimpinan PAS Shah Alam pula meletakkan jawatan mereka masing-masing.
Dalam kenyataan bersama, mereka tindakan demikian dibuat demi bersama-sama dalam perjuangan Islam melalui wadah yang lebih mereka yakini.

Peletakkan jawatan itu melibatkan seluruh kepimpinan termasuk jawatankuasa Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan itu dibuat dalam mesyuarat kawasan itu malam tadi, kata mereka.

"Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

"Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS kawasan, dewan-dewan, ketua dan setiausaha PAS cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS kawasan Shah Alam," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan bekas yang dipertua Azli Yusof bersama timbalannya Zulkifli Mohd Nani serta naib Mohamad Jamil Abd Rahim.

Mereka berkata penyerahan tugas itu dilakukan kepada setiausaha PAS kawasan itu dalam suasana "penuh persefahaman dan kasih-sayang".

 http://rm20segera.com/?r=te2u

Teliti dengan serius

Sebelum ini, separuh daripada ahli jawatankuasa Pemuda PAS Shah Alam meletakkan jawatan kerana kurangnya kerjasama dan perbezaan dalam pelaksanaan wadah dengan PAS pusat dan negeri yang diterajui golongan konservatif.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pihaknya serius meneliti percubaan memecahkan perpaduan PAS oleh pihak tertentu yang menghasut ahli supaya keluar parti beramai-ramai.

"Sesungguhnya usaha sebegini bukannya baru. Sepanjang zaman, musuh-musuh kepada perjuangan politik Islam mencuba pelbagai cara sama ada dari dalam atau dari luar untuk melemahkan kekuatan PAS.

"Tentunya usaha dari dalam dengan menabur racun yang halus lebih berjaya berbanding usaha dari luar kerana menjadi seumpama api dalam sekam yang membakar tanpa sedar," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS.

Bagaimanapun, tegasnya, berdasarkan sejarah sejak ditubuhkan membuktikan PAS terus gagah mengharungi pelbagai kocakan dalaman termasuk gugurnya beberapa belas pimpinan tertinggi PAS pada 1982.

"Hal ini kerana kekuatan PAS adalah pada dasar Islam yang dipegang serta rujukan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang memandu hala tuju dan gerak kerja PAS.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi, namun, parti berasaskan Islam yang membawa cahaya kebenaran Islam akan terus berjalan dan berlangsung," katanya sambil menyeru seluruh ahli PAS yang lain terus konsistem dalam perjuangan politik PAS.


 mk

1 ulasan:

  1. Attakiri ke al penjilat hadi...
    Bodoh punya geng2 pas ganu ni
    Bodoh sombong

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive