Khamis, Ogos 21, 2014

Walaupun 6 exco kosong, urusan Kerajaan Selangor tetap berjalan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan Negeri akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio terpaksa dikosongkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama.
Dr HalimahKatanya, Kerajaan Negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat.

“Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua program dirancang supaya berjalan seperti biasa.
“Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.


Beliau ditanya kelangsungan Kerajaan Negeri dan pembahagian portfolio selepas enam anggota Exco dipecat selepas enggan memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada 11 Ogos lepas, DYMM Sultan Selangor memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sekalipun beliau dipecat parti PKR dua hari sebelum itu.

Empat Exco daripada PAS termasuk Halimah memilih untuk kekal dalam Kerajaan Negeri bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan perancangan sedia ada.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng