Exco Negeri, Dr Halimah Ali, berkata kemudahan menaiktaraf kemudahan itu khususnya untuk pangkalan data, bilik server, infra bilik server dan rangkaian serta perkhidmatan telefon.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri ingin membawa UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi yang mampu berfungsi secara optima dengan memberikan kemudahan infrastruktur.
Selangor juga meluluskan permintaan ibu bapa supaya Kerajaan Negeri membina sekolah menengah aliran agama.
Katanya, Kerajaan Negeri akan menaiktarafkan fungsi Sekolah Rendah Agama di Bagan Lalang sebagai Maahad Intergrasi Tahfis Sains dan Teknologi.
“Ia juga memakan belanja RM10 juta yang sudah diluluskan sebagai operasi bagi memastikan ia lengkap dan sesuai sebagai satu Maahad Integrasi Tahfis Sains,” katanya.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...