Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng terakhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“Orang ramai patut tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi,” kata Sallehen dipetik Malaysian Insider.
Empat exco itu adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.
Sementara itu, Exco PAS Dr Halimah Ali berkata tiada semua yang matang membuat keputusan dalam isu Menteri Besar kerana perkara itu memerlukan kajian dan bukan keputusan terburu-buru.
“Perkara yang kecil mungkin tidak akan memberi impak yang besar, tetapi perkara yang melibatkan massa, perlu penelitian, perlu dapatkan sumber yang sahih dan lebih banyak sudut.
“Terlajak perahu boleh diundur terlajak buat berzaman padahnya,” kata Dr Halimah dipetik dari Facebooknya.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...