Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 25, 2014

Berita Pagi : Bukti!! Rakyat Selangor Tolak Wan Azizah menjadi MB Selangor.

kemelut politik

ANTARA pilihan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, calon Pas, calon Umno, lain-lain dan “tidak pasti”, Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut ialah keputusan kajian Merdeka Centre:

Wan Azizah – 25%

Azmin Ali – 6%

Calon Pas – 12%

Calon Umno – 15%

Lain-lain – 5%

Tidak pasti – 32%

Tidak mahu menjawab – 5%

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Abdul Khalid, dan bukannya Wan Azizah.

Statistik yang paling menggerunkan ialah 32% yang menjawab “tidak pasti” melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan, akan tetapi, nama Abdul Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian ini.

Selain daripada 32% peratus yang “tidak pasti”, Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. Sehingga hari ini, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon pengganti Abdul Khalid hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil?


Kajian Merdeka Centre diambil berat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. Jadi, tidak mudah untuk mereka menidakkan kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor (75%) sekata menyatakan mereka lebih suka orang lain yang menggantikan Abdul Khalid berbanding Wan Azizah.

Yang mereka tidak sekata ialah siapa penggantinya sahaja. Nak dikatakan Wan Azizah ialah calon yang paling diterima untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding calon lain juga tidak tepat, kerana ada 32% yang “tidak pasti” dan 5% yang enggan menjawab.

Wan Azizah cuma berada di tempat kedua, kalah kepada kategori “tidak pasti.”

Yang memihak kepada Wan Azizah sekarang ialah keputusan parti PKR, dan 30 Adun Pakatan Rakyat yang bersamanya. Bagi mereka, 30 Adun adalah mewakili suara majoriti rakyat Selangor, meskipun berlawanan dengan kajian Merdeka Centre.

Barangkali di bawah sistem demokrasi Malaysia, itulah sahaja takat harga undi rakyat Malaysia.

Undi rakyat hanya diperlukan untuk para ahli politik mencapai kemenangan.

Sebelum pilihanraya, mereka disajikan dengan pelbagai maklumat benar dan palsu menjelang hari pengundian untuk menpengaruhi keputusan mereka.

Lepas menang, ahli politik yang mencapai kemenangan bolehlah membuat permohonan maaf di mahkamah kerana menfitnah lawannya yang tewas.

Mereka menggunakan kepercayaan rakyat kepada mereka untuk mendapat kemenangan. Selepas itu, perasaan rakyat tidak perlu dipedulikan lagi sehinggalah PRU yang akan datang. Lihatlah berapa banyak permohonan maaf dan penarikan kembali yang dibuat sehingga kini. Apakah mereka tahu apa perasaan rakyat yang rasa tertipu dengan permohonan maaf mereka?

Perkara itu juga terserlah di dalam kontroversi isu Menteri Besar Selangor. Pandangan rakyat juga tidak perlu diendahkan kerana yang menjadi kata putus segala-galanya selepas itu ialah keputusan parti yang memegang kerusi tersebut.

Kajian Merdeka Centre telah secara tidak langsung memberikan jawapan kepada kewajaran Pas dalam membuat keputusan ini.

Pas telah membuat keputusan untuk menyokong sama ada Wan Azizah atau Azmin sebagai pengganti Abdul Khalid. Pas juga telah membuat keputusan tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor.

Data menunjukkan bahawa keputusan Pas (meletak Azmin dan Wan Azizah) mewakili 43% pandangan rakyat Selangor (dengan menganggap mereka yang menyokong calon Pas juga akan menyokong calon yang disokong Pas) berbanding 20% yang hendakkan calon Umno dan lain-lain. Jumlah itu lebih tinggi daripada 37% daripada mereka yang “tidak pasti” 32% dan juga enggan menjawab 5%.

Peratusan 43% ini jauh lebih tinggi daripada sokongan 25% yang menyokong Wan Azizah sahaja, yang juga menjadi keputusan Pakatan Rakyat Ahad lalu.

Namun semua hipotesis ini tidak betul sekiranya mereka merasakan kajian Merdeka Centre itu tidak tepat.

Sekarang tiba giliran Sultan Selangor membuat keputusan. Antara kehendak Adun, peruntukan perlembagaan, memilih yang terbaik untuk rakyat Selangor dan kestabilan kerajaan negeri, bagaimana Sultan Selangor akan membuat keputusan?

Apakah baginda akan meminta lebih daripada satu nama meskipun Wan Azizah sudah mendapat sokongan 30 Adun?

Apakah ada kemungkinan wujud calon lain yang boleh mendapat lebih daripada sokongan 30 Adun kerana pada dasarnya, satu-satu Adun tidak semestinya hanya boleh perkenan satu dan menolak yang lain?

Ini kerana bagi sesetengah Adun, calon A atau calon B pun OK. Ada pula yang bertegas calon A sahaja. Ada pula yang bertegas calon B. Ada pula yang kedua-duanya tak mahu. Ada yang mahu calon C. Bezanya, mereka hanya berani mengaku di dalam kerahsiaan.

Asalkan siapa yang dapat perkenan keempat-empat pihak – iaitu PKR, DAP, Pas dan istana serta undi tertinggi, maka beliaulah akan menjadi Menteri Besar Selangor yang seterusnya. Kurang sokongan daripada mana-mana komponen pun akan menggagalkan misi lantikan menteri besar ini.

Jika formula matematik ini juga gagal mencapai jawapan, bersedia untuk bubar Dunlah jawabnya. Pada masa itu, mereka yang mencipta kemelut ini diharap tidak menjerit hak mereka dirompak atau ada orang sengaja menyusahkan rakyat.

Ini kerana merekalah yang menyusahkan rakyat dahulu dengan satu pilihan raya kecil yang disengajakan. Dan mereka jugalah yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersedia untuk kehilangan negeri Selangor hanya semata-mata untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Mereka mungkin mudah lupa, tapi rakyat tidak.

sh

3 ulasan:

  1. Rakyat pilih parti, parti pilih pemimpin dan sultan restu pelantikan pemimpin mengikut peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor..... rakyat mana yang teramat bangang dan biadap mengajar sultan cara melantik pemimpin ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan emosi kawan...ini hanya kajian, kalau tak boleh terima kajian dan pandangan dari rakyat itu terserahlah...

      Kuasa rakyat.... suara keramat.....Lawan Tetap Lawan...Rakyat Hakim Negara.... Lu fikirlah sendiri....

      Padam
  2. lantik je lah din ayam abis cerita

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...