Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 10, 2014

Pas tiada kena mengena dengan pemecatan Khalid Ibrahim...ALLAHU AKBAR!!!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.

"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu. 

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kee Kwong menambah, selain itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dun, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

sh

1 ulasan:

  1. Kepala hotak kau..jgn nk putar belit kenyataan tokguru..yg jelas kami rakyat marhaen x pnh redha utk gantikn mb yg baru!!! Nie agenda anwarr!!!Klu kau rasa dgn memecat dan menjatuhkn pemimpin pilihan rakyat akn mendapat sokongan rakyat...korg mmg silap la bodoh...rata2 rakyat dh naek meluat dgn politik pkr yg mcm haram jadah..! Jgn hrp kami nk uni korg lg...itu realitinya bg kami rakyat marhaen dibawah!!!bodohhhhh...politik pling bodoh..!!perangai sbaik mcm umno..serius aku dh x smpatI lgsung dh dgn Anwar...pg mampos la dgn pemimpin2 pkr korg..pg mampos dgn parti anak branak pkr..sial..puiii

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...