Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 06, 2014

BERTAMBAH PANAS!! ISU MB SELANGOR SATU LAPORAN TELAH DI BUAT KEPADA [ SPRM ]

 
  
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh kumpulan penyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menyiasat dakwaan mengenai salah laku integriti beliau seperti yang didakwa partinya PKR.

Permintaan terkandung dalam laporan yang dibuat oleh ketua setiausaha sulit beliau, Mohamad Yazid Bidin di pejabat SPRM Shah Alam petang ini.

Mohamad Yazid turut menyerahkan kepada SPRM dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, mereka meminta SPRM membuat siasatan tersebut bagi memastikan sama ada dakwaan terhadap Khalid itu betul atau sebaliknya.

Difahamkan, ia bertujuan untuk membersihkan nama Khalid daripada dakwaan salahlaku tersebut.

Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, bekas senator Syed Shahrir Syed Mohamud, calon ketua pemuda AMK Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan beberapa ahli PKR.

mk

1 ulasan:

  1. Bagus dan syabas demi untuk membersihkan nama,tapi nak bersihkan nama yang telah tercemar denga kedegilan kita sendiri,sebabnya mudah mungkin berasa sudah bersih keran ada orang yang sanggup memberi kebersihan pada kita seperti mana yang berlaku pada Tan Sri Tajuddin Ramli dengan skandal MAS nya dan bagitu juag PM Najib dengan skandal Tantuya scopian nya dan selapas itu mesera dengan mereka dan kutuk habis-habisan parti yang telah menaikkan kita ketahab yang kita boleh berkuasa,seperti mantan Hassan Ali dan Zulkifli Nordin yang dah jadi sasau sekarang nie.Fikir fikir dan fikir. Ameen!!!!!!!!!!!!!.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...