Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 02, 2014

[ KENYATAAN MEDIA ] PAKATAN RAKYAT AKAN PERKUKUH SETIAKAWAN DAN MENERUSKAN AGENDA REFORMASI


MENYEDARI bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

MEMAHAMI bahawa suara dan hasrat Rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

MENGAMATI bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

MAKA

Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sdr Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP
      

1 ulasan:

  1. baikle korang dengar cakap Din ayam dgn ahli2 pemikir PAS yg merasakan hebat...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...