Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 04, 2014

SEMAKIN PANAS!!! MB SELANGOR CABAR PKR... JIKA KAMU BENAR...


Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
4 OGOS 2014

2 ulasan:

  1. Taniah TSK, MB kesayangan majoriti rakyat Selangor. Lawan TYetap Lawan TS

    BalasPadam
  2. Sekarang Khalid bertambah garang..... disuruhnya Saifuddin buat laporan SPRM yang kita semua tahu agensi kerajaan itu dibawah telunjuk Najib Razak. Setelah Hadi Awang dijadikan kambing panggang kini dia mahu berlindung pula bawa ketiak Najib.

    Memang hebat orang yang bernama Khalid Ibrahim......

    Kesilapan dan kelemahan Anwar menyelesaikan isu menteri besar Selangor berpunca parti PAS mempunyai 15 kerusi DUN. Dan PKR hanya mempunyai 14 kerusi saja.

    Inilah senjata yang diguna pakai oleh PAS dan UMNO baru untuk menghuru-harakan Pakatan Rakyat dan perlu diingat sampai bila-bila jika PKR ingin menjadi parti yang dihormati.



    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...