Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 12, 2014

MB Selangor saman portal Malaysian Insider..YES!!!!!

PC MB di SUK 11.08.2014 (3)

SHAH ALAM 12 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen “anti-Khalid”.

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).


Malaysiakini melaporkan Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang mengambilalih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...