Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 05, 2014

Exco Selangor Jawab Tuduhan Liar dan Jahat Kepada MB Selangor

MB air

SHAH ALAM, 4 OGOS: Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Perjanjian Dasar Induk (HoA) dibuat secara berat sebelah dan tidak memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Katanya, tidak timbul dakwaan itu kerana semua exco sentiasa dimaklumkan berkenaan perkembangan perjanjian air antara negeri dengan Kerajaan Pusat itu.

“Saya tidak bersetuju dengan tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan secara sendirian. Segala perjanjian itu juga akan didedahkan dalam masa terdekat,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

 
Beliau juga menafikan dakwaan HoA dibuat di luar pengetahuan Exco kerana mereka sudah dimaklumkan terlebih awal sebelum perjanjian ditandatangani.

“Kami diberikan notis berkenaan majlis terbabit walaupun makluman berkenaan suntuk, perkara itu sudah dibincangkan. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan kononnya kami tidak tahu berkenaan perkara itu,” katanya.

Katanya, exco mungkin tidak meneliti kandungan menyeluruh tetapi mereka setuju dengan semua terma utama dalam perjanjian.

Abdul Khalid pada 1 Ogos lalu menandatangani HoA dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili disaksikan beberapa menteri kabinet dan Exco Selangor.

teng chang kim

Tawaran berjumlah RM9.65 bilion terhadap empat syarikat konsesi air dimuktamadkan bagi melaksanakan Penstrukturan Semula Industri Air dan pembinaan projek Langat 2 yang dirancang sejak 2006.

Bagaimanapun, hanya pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Bhd (SPLASH) yang masih belum dimuktamadkan.

sk

1 ulasan:

  1. Sebagai rakyat Selangor, saya juga bersetuju dengan kata-kata Teng Chang Khim menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Perjanjian Dasar Induk (HoA) dibuat secara berat sebelah dan tidak memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

    Namun sesiapa yang berkepentingan ada hak untuk membuat tuduhan demi menjaga kepentingan mereka sendiri. Bila disebut "Segala perjanjian itu juga akan didedahkan dalam masa terdekat,” boleh kita katakan ianya jalan penyelesaian yang baik kerana orang yang bijak pandai perlu tahu apa isi kandongan yang dikatakan tidak berat sebelah itu.

    Pekara yang berkaitan dengan duit..... sesiapa pun tidak boleh dipercayai apatalah lagi jika orang terdesak perlukan duit untuk bayar hutang.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...