SIBU - Polis marin merampas sebuah kapal bernilai RM2 juta serta dua 
kren berharga RM800,000 selepas sebuah pasukan rondaan terserempak 
dengan kegiatan pengambilan pasir secara haram di Sungai Rajang di 
Tanjung Kumpei, di kawasan Hulu Lanang di sini pada Isnin. 
 Pemerintah Polis Marin Wilayah 5, Asisten Komisioner N.Kalai Chelvan 
berkata, ketika melalui kawasan berkenaan, pasukan itu terserempak 
dengan kapal terbabit dan membuat pemeriksaan terhadapnya.
 Pasukan itu mendapati terdapat tiga lelaki di atas kapal, termasuk 
tekongnya, dan apabila mereka gagal menunjukkan permit pengambilan 
pasir, kesemua mereka ditahan, katanya dalam kenyataan di sini hari 
ini. 
 Kalai Chelvan berkata pasir seberat 500 tan bernilai RM50,000 juga dirampas.
sh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...