Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 12, 2014

[ BERITA PAGI ] KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR...

mb salam sultan a

SHAH ALAM, 11 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah memaklumkan kedudukan terkini selepas pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertemuan pagi tadi.

Katanya, Sultan Sharafuddin perkenan beliau meneruskan tugas sebgaai menteri besar selepas Abdul Khalid menjelaskan masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Menurut artikel 53 2 b undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kuranagnya empat hingga 10 ahli.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco)akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya

dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.


Pagi tadi, Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin dalam mesyuarat Majlis Dewan Penasihat Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
PC MB di SUK 11.08.2014 (3) Mesyuarat itu bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai menteri besar selepas PKR memecat keahliannya secara serta merta, pada 9 Ogos lalu.

Abdul Khalid berkata, beliau akur dan menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, beliau akan bertemu wakil anggota Exco daripada PKR dan DAP untuk berbincang berkenaan kedudukan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Saya akan bertanyakan kesediaan mereka untuk bersama dalam kendalikan MMKN dan pentadbiran Selangor.
“Jika mereka rasa tidak boleh menjadi sebahagian pasukan menteri besar, lebih baik tidak teruskan menjadi exco,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...