Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 09, 2014

'TG Nik Aziz setuju 100% kekal Khalid' Laporan The Malaysian Insider Bohong!!!!

 

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju "seratus peratus" supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kekal memimpin negeri itu.

Nik Zawawi berkata demikian bagi menafikan satu laporan portal The Malaysian Insider hari ini yang menggambarkan kononnya Nik Aziz tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada hari Rabu itu.

Veteran PAS itu berkata, beliau sendiri membaca keputusan mesyuarat badan tertinggi PAS itu di hadapan Nik Aziz dalam satu pertemuan berasingan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaik selepas persidangan Majlis Syura.

Katanya, Nik Aziz tidak menyatakan sebarang penentangan ke atas keputusan tersebut apabila keputusan itu dibacakan dalam pertemuan di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu.

"Saya membaca keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura di depannya dan beliau setuju seratus peratus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



"Asalnya kita (Majlis Syura) tidak mahu mendedahkan keputusan seperti yang diedarkan kepada media, itu tetapi beliau menyuruh diedarkannya kepada media," katanya lagi.

Kenyataan liar, tidak patut berlaku

Mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura sebelum itu, Nik Zawawi menjelaskan, Nik Aziz juga sempat membincangkan isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Nik Aziz meminta izin untuk pulang tidak lama kemudian kerana “sangat letih".

Nik Aziz, yang juga pengerusi Majlis Syura, beredar selepas meninggalkan arahan agar mesyuarat diteruskan, katanya lagi.

"Kemudian beliau (Nik Aziz) berkata keputusan yang dibuat, beliau hendak tengok. Apabila selesai, saya bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke rumahnya," katanya.

Nik Zawawi menafikan sebarang dakwaan yang menyatakan Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Sebarang kenyataan (bahawa beliau) tidak bersetuju adalah kenyataan yang liar dan tidak sepatutnya berlaku. Keputusan ini adalah keputusan Majlis Syura PAS," tegasnya.

"Insya -Allah akan ada surat iaitu kenyataan yang dibaca itu, akan ditandatangani beliau selepas ini. Sekarang ia belum sempat ditandatangani lagi," katanya lagi.

The Malaysian Insider hari ini turut menonjolkan bahawa Nik Aziz meninggalkan mesyuarat majlis itu selepas 30 minit masalah kesihatan.

Dakwaan itu berdasarkan satu rakaman audio sepanjang hampir lima minit yang disebarkan di beberapa blog pro-PAS, termasuk malaysiawaves.net.

Rakaman tersebut, yang diteliti oleh Malaysiakini, mengandungi perbincangan dalam dialek Kelantan dan sebahagian daripadanya juga mengandungi butiran percakapan yang tidak jelas.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...