Sabtu, Ogos 16, 2014

Sultan Selangor titah MB Selangor tidak buat kenyataan

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM 15 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga Baginda Sultan kembali pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid berkata, Baginda Sultan telah menitahkan yang Baginda berpuas hati bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos lepas.

“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.


Abdul Khalid berkata, beliau menasihatkan kepada pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada Baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Sebelum ini, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid juga mendapat sokongan daripada empat Exco PAS untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng