Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 22, 2014

Sila Dedah punca kereta perisai terbalik


PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mendesak  satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi kereta perisai terbalik yang mengakibatkan kematian dua orang tentera di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan terperinci itu penting bagi merungkai persoalan yang bermain di kalangan rakyat khususnya lebih lebih lagi ia berlaku di kawasan yang sering berlaku ancaman keselamatan.

“Ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran siri ancaman keselamatan yang sering berlaku akibat tindakan provokasi pihak-pihak luar.

“Saya yakin pihak tentera sendiri amat serius di dalam menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara.

"Namun rakyat juga berhak untuk tahu apakah sebenarnya yang mengakibatkan kereta perisai yang sewajarnya digunakan untuk peperangan namun boleh hilang kawalan dengan mudah seterusnya mengakibatkan kematian,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga salah seorang tentera yang terkorban dalam kejadian itu, Ahmad Fikri Mansor di Kampung Galok, Chetok, Pasir Mas hari ini.

Seorang lagi tentera yang terkorban ialah Mohd Hanif Patahur dari Johor.

Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Pemuda PAS Dun Chetok Abdul Rahim Yahya dan Penghulu Mukim Jabo Chetok Shamsuddin Ismail.

Fadhli yang  juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, turut menyampaikan sumbangan kepada ibu allahyarham yang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan.

“Kita mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu allahyarham yang hanya bergantung kepada perniagaannya yang sebelum ini dibantu oleh mangsa yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

“Sesungguhnya, jasa Allahyarham kepada negara cukup besar sehingga terkorban ketika menjalankan tugas, “ katanya lagi.

hd
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...