Selasa, Ogos 12, 2014

Semua Exco PAS bertugas seperti biasa pastikan kepentingan rakyat terpelihara...Allahu Akbar!!!!

SHAH ALAM, 12 OGOS: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai exco Kerajaan Negeri seperti biasa seperti mana yang diarahkan PAS Pusat.

“Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai exco sehinggalah sekiranya ada arahan baru dari pusat selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos nanti,” kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini.
EXCOSELANGORJelas beliau, langkah itu diambil bagi memastikan kepentingan dan perkhidmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat dijalankan seperti biasa.

Penjelasan itu dibuat ekoran beberapa pihak yang mahukan Abdul Khalid dipecat sengaja menimbulkan pelbagai andaian ekoran ketiadaan Exco PAS dalam sidang media Abdul Khalid semalam.

Tambah Dr Ahmad Yunus lagi, pihak beliau juga bersedia bertemu Abdul Khalid pada bila-bila masa apabila menerima isyarat dari Pejabat Menteri Besar.


Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam dan Pemodenan Pertanian, Sallehen Mukhyi berkata, beliau menjalankan tugasnya seperti biasa demi amanah yang diberikan rakyat dan Kerajaan Selangor.
Pembantu Khas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Kamarulzaman Ahmad Noh pula memberitahu Iskandar Samad turut menghadiri program-program yang sudah diaturkan sebelum ini.

“Hari ini YB Iskandar akan menghadiri Mesyuarat dengan Lembaga Perumahan selangor dan esok dia akan membentangkan kertas kerja juga bersama Lembaga Perumahan. Tiada masalah kita kerja macam biasa,” kata Kamarulzaman.

Sementara itu, dalam satu mesej menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Pembantu Khas Dr Halimah Ali turut menyatakan Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu kekal bertugas seperti biasa.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng