Ahad, Ogos 24, 2014

MB Selangor BUAT KEJUTAN... Terbaik!!!

MB sumbangSHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua golongan rakyat di negeri itu dapat menikmati hasil negeri tanpa mengira agama, kaum atau pun fahaman politik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini dibuktikan apabila Kerajaan Negeri turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada sekolah agama, Tamil dan Cina sejak 2008 lagi.

“Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mula berjaya memberikan pendapatan dan hasil kepada semua rakyat tak kira kaum, agama dan parti kerana tujuannya duit rakyat mesti sampai balik kepada rakyat,” kata Abdul Khalid malam tadi.



Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-sekolah Persendirian Cina Negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua di sini.
Jelas Abdul Khalid, ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan sumbangan kepada sekolah-sekolah agama, Cina dan Tamil setiap tahun sejak 2008 lagi.

Kata Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri akan terus memastikan rakyat negeri ini menikmati manfaat pelbagai program yang dijalankan termasuk kesan dari penyusunan semula industri air Selangor di masa hadapan.

Beliau menjelaskan, faedah dari penyusunan semula industri air Selangor akan dikembalikan kepada rakyat negeri itu seperti meneruskan skim pemberian air percuma dan memberi peluang kepada rakyat memiliki saham syarikat terbabit.

“Tidak guna kalau jadi negeri kaya kalau rakyatnya tidak dapat menikmati hasil negeri,” kata Abdul Khalid lagi.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak sekolah Chung Hua kerana berjaya menguruskan sumbangan Kerajaan Negeri dengan cekap sekaligus memberi manfaat kepada pelajar mereka.

sk

2 ulasan:

  1. Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!

    ‘Mantap Bro’ - This Is What Women Really Want !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
    KLIK HERE !!

    BalasPadam
  2. dah kena kutuk barulah sibuk gunakan kekayaan selangor utk rakyat dulu serupa hj bakhil

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng