Isnin, Ogos 25, 2014

BERITA PETANG : MESEJ TERKINI DARI MB SELANGOR..

terima kasih1SHAH ALAM, 25 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pegawai kerajaan yang bersama-sama beliau dalam usaha menjayakan segala agenda reformasi di Selangor.

Abdul Khalid menasihatkan seluruh warga kerja Selangor supaya terus meningkatkan produktiviti dan meneruskan tugasan yang diberi dengan sebaik-baiknya.

“Saya mahu seluruh warga kerja di bawah panji-panji Kerajaan Negeri Selangor ini sentiasa bekerja keras demi meningkatkan tahap produktiviti dalam bidang masing-masing dalam usaha meneruskan tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi.

Abdul Khalid berkata beliau menerima dengan hati terbuka berhubung perkembangan terkini status Menteri Besar Selangor yang disandangnya setelah beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.


Perhimpunan bulanan Kerajaan ogos 2014 MB (11)Bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor hari ini, beliau berkata akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Pertemuan itu akan berlangsung esok pada pukul 2.30 petang, namun lokasi pertemuan belum dapat dipastikan dan akan dimaklumkan kelak.

“Namun begitu saya berharap semua kakitangan kerajaan akan terus bekerjasama dengan saya meneruskan pentadbiran Negeri Selangor bersama empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.

Abdul Khalid yang kini Adun Pelabuhan Klang Bebas dipecat dari PKR)sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa pada 9 Ogos lalu.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng