Selasa, Ogos 12, 2014

[ BERITA PANAS ] MB Selangor pecat semua Exco PKR & DAP serta merta

EXCOSELANGORSHAH ALAM, 12 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dengan berkuat kuasa serta merta.

Kesemua surat pemecatan sudah dihantar kepada Exco-exco terbabit kecuali Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang kini sedang menghadiri kursus di luar negara.

Perkara ini disahkan Pegawai Seketariat Akhbar Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.


Exco dari DAP yang dipecat, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikkan, Datuk Teng Chang Khim; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian dan Exco Kesihatan, Perkerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Ganabatirau Veraman.

Sementara itu dua dari tiga Exco PKR yang sudah diserah surat pemecatan, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.

sk

2 ulasan:

  1. Berapa habuan yang Anuar terima dengan meruntuhkan PR di Selangor ya ???? Adakah di janjikan pembebasan dari sabitan liwatnya itu ???

    BalasPadam
  2. Padan la muka...akibat kerja bodohhhhh pkr!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng