Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 22, 2014

Berita Pagi : Kerajaan Negeri lulus RM2 juta bangun teknologi maklumat UNISEL

Unisel-GrafikSHAH ALAM, 21 OGOS: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2.65 juta untuk menaiktaraf pembangunan teknologi maklumat (ICT) Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Negeri, Dr Halimah Ali, berkata kemudahan menaiktaraf kemudahan itu khususnya untuk pangkalan data, bilik server, infra bilik server dan rangkaian serta perkhidmatan telefon.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri ingin membawa UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi yang mampu berfungsi secara optima dengan memberikan kemudahan infrastruktur.


halimah“Kemudahan seperti teknologi maklumat ini dapat melahirkan modal insan yang diimpikan untuk menjadi pelapis di Selangor,” kata beliau dalam sidang media, di pejabatnya, semalam.

Selangor juga meluluskan permintaan ibu bapa supaya Kerajaan Negeri membina sekolah menengah aliran agama.

Katanya, Kerajaan Negeri akan menaiktarafkan fungsi Sekolah Rendah Agama di Bagan Lalang sebagai Maahad Intergrasi Tahfis Sains dan Teknologi.

“Ia juga memakan belanja RM10 juta yang sudah diluluskan sebagai operasi bagi memastikan ia lengkap dan sesuai sebagai satu Maahad Integrasi Tahfis Sains,” katanya.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...