Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, Ogos 31, 2014

Berita Pagi : Nabi Muhammad SAW tokoh pejuang kemerdekaan sebenar - MB Kelantan

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulangtahun ke-57 negara kita mencapai kemerdekaan, hayatilah tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan iaitu Nabi Muhammad SAW.

"Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia daripada segala bentuk penjajahan dan perhambaan," tegas Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook.

Justeru, kata beliau penjajahan minda, pemikiran, aqidah sehinggalah kepada penjajahan sistem kehidupan sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial perlu dibebaskan sepenuhnya dari anasir yang merosakkan masyarakat bagi mencapai makna hakiki kemerdekaan.

"Kemerdekaan yang hakiki ialah apabila seseorang itu berjaya melepaskan diri dari belenggu jahiliah dan hasutan jahat diri," jelasnya.

Sabtu, Ogos 30, 2014

BERITA PETANG : KEBERANIAN NGO SAMM HARUS DIPUJI

 

 Sekumpulan orang ramai hari ini berkumpul di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi menyatakan bantahan terhadap perdagangan Malaysia dengan Israel.

Dipimpin oleh NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mereka mahu perdagangan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung dihentikan.

Berucap kepada orang ramai, pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin juga mengancam mengambil alih pejabat MITI dalam demonstrasi seterusnya jika perdagangan dengan negara Yahudi itu tidak dihentikan.

Mereka sebelum itu berarak daripada Majlis Wilayah Persekutuan di Jalan Duta ke pejabat MITI tidak jauh daripada tempat itu.

“Saya tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takutkan Amerika. Tetapi beliau harus tahu, seluruh negara akan berdiri di belakangkannya jika beliau bangun menentang Israel,” katanya.

Pihak polis yang membentuk benteng manusia bagi menghalang orang ramai memasuki perkarangan MITI membenarkan lima wakil peserta masuk untuk menghantar memorandum.


mk

Berita Pagi : Malaysia bukan merdeka yang sebenar - TG Hadi Awang

Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah.

Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini.

"Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang.

"Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan.


Jumaat, Ogos 29, 2014

BERITA MALAM : HARAP PARTI PKR FAHAM MESEJ INI.

 

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.

Khamis, Ogos 28, 2014

Berita Malam : Krisis MB, Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor

dewan-rakyatSHAH ALAM, 29 OGOS: Rakyat menaruh harapan tinggi ke atas kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu jawatan menteri besar.

Perkara itu diperoleh dalam satu tinjauan awam yang dilakukan Selangor Kini ke atas masyarakat sekitar Bandaraya Shah Alam.

Daripada 30 orang awam yang ditemui, 22 daripadanya berpandangan krisis menteri besar wajar dirujuk kepada asas dengan menyerahkannya kepada pihak istana.

“Ini mungkin silap Pakatan Rakyat (PR), berpolitik sepanjang masa sehingga menteri besar yang mempunyai rekod cemerlang mahu diturunkan dan kini rakyat diheret dalam kemelut siapa pimpinan baru dan bagaimana pula untuk nasib rakyat selepas ini.

“Seharusnya, bila sudah pegang Selangor untuk penggal kedua, mereka perlu fokus dan yakinkan rakyat untuk capai kejayaan yang besar dalam mentadbir Selangor supaya ia boleh digunakan sebagai modal untuk peluanglebih besar pada pilihan raya akan datang,” jelas Zalmi Hazriy, 39.

Berita Pagi : Lebuh Raya Rakyat mula dibina oleh Kerajaan Kelantan

Ahmad menandatangani plat perasmian.

MACHANG - Kerajaan negeri melancarkan operasi mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer bermula dari Bukit Bakar sehingga Dusun Damar, Kuala Krai secara rasmi, semalam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek yang menelan belanja RM854 juta dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat tahun iaitu Disember 2017.

Urusan pengambilan tanah juga sedang dalam proses bicara, di mana empat kilometer darinya adalah milik kerajaan negeri.

Lebuh Raya Rakyat telah melancarkan mula kerja pada Mei 2012, dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menerima banyak kritikan banyak pihak kerana tidak yakin dengan usaha tersebut.

Ahmad menegaskan kerja pembinaan lebuh raya yang sedang dilakukan itu akan menamatkan tuduhan dan sangkaan yang tidak betul terhadap usaha kerajaan negeri.

“Ia akan menamatkan persepsi sesetengah pihak yang menganggap usaha bina lebuh raya ini retorik semata-mata.

“Kerajaan negeri komited bantu rakyat selepas sekian lama berharap dari pembinaan lebuh raya daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dapat dilaksanakan tahun ini,” katanya kepada media ketika Majlis Masuk Tapak Projek Lebuhraya Machang-Kuala Krai dekat Bukit Bakar.

Rabu, Ogos 27, 2014

Berita Malam : Bekas Mufti Wilayah Meninggal Dunia.


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya telah kembali ke rahmatullah jam 1.50 petang ini di Al-Islam Hospital Kampung Baru, di sini.

Jenazah dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang ini.

Allahyarham dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkelulusan B.A Syariah, Universiti Al-Azhar, Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Kaherah dan Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah menjadi Naib Pengetua Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan pada 1970 hingga 1980, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya (1911-1995), Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1995-1997) dan selepas itu sebagai Mufti Wilayah Persekutuan hingga 2003.

hd

Berita Petang : Dewan Ulama PAS gesa 2 Adunnya dipecat

 Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.


Berita Pagi : TG Nik Aziz harap keputusan sultan selangor manfaat semua pihak

 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor semalam dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
  
Bekas menteri besar Kelantan itu dalam reaksi ringkasnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu turut berharap mudah-mudahan keputusan itu dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat.
  
"Berdoalah kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan keputusan yang dibuat Istana itu dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, Insya-Allah," katanya.
  

Selasa, Ogos 26, 2014

MB Selangor : Bongkar!! Penjanjian penstrukturan air dan Langat 2....Panas!!!

air-syabas_MB1SHAH ALAM, 25 OGOS : Tawaran Kerajaan Selangor terhadap syarikat konsesi bukan untuk memberi pampasan keuntungan kepada pemegang saham, sebaliknya ia berdasarkan pulangan tahunan modal ekuiti yang dilabur pada nilai 12 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tawaran berkenaan juga turut menolak apa-apa dividen yang telah dibayar sebelumnya dan disifatkan sebagai munasabah kerana kadar piawaian adalah lebih kurang lapan peratus.

Katanya dengan mengguna pakai formula pampasan itu, kerajaan Selangor berjaya menjimatkan duit negeri sebanyak RM3 bilion dengan nilai pengambil alihan adalah RM9.65 bilion.

“Jika mengikut logik sesetengah parti yang menyatakan bahawa saya telah memberi pampasan keuntungan, maka jumlah pengambil alihan akan mencecah sehingga RM13 bilion.

“Tiada apa-apa kos perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil alih syarikat konsesi air kerana kos pengambil alih sudah dibiayai sepenuhnya melalui RM2 bilion oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan RM7.65 bilion melalui pengambil alihan liabiliti syarikat konsesi air kepada PAAB.

Isnin, Ogos 25, 2014

BERITA PETANG : MESEJ TERKINI DARI MB SELANGOR..

terima kasih1SHAH ALAM, 25 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pegawai kerajaan yang bersama-sama beliau dalam usaha menjayakan segala agenda reformasi di Selangor.

Abdul Khalid menasihatkan seluruh warga kerja Selangor supaya terus meningkatkan produktiviti dan meneruskan tugasan yang diberi dengan sebaik-baiknya.

“Saya mahu seluruh warga kerja di bawah panji-panji Kerajaan Negeri Selangor ini sentiasa bekerja keras demi meningkatkan tahap produktiviti dalam bidang masing-masing dalam usaha meneruskan tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi.

Abdul Khalid berkata beliau menerima dengan hati terbuka berhubung perkembangan terkini status Menteri Besar Selangor yang disandangnya setelah beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Berita Pagi : Bukti!! Rakyat Selangor Tolak Wan Azizah menjadi MB Selangor.

kemelut politik

ANTARA pilihan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, calon Pas, calon Umno, lain-lain dan “tidak pasti”, Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut ialah keputusan kajian Merdeka Centre:

Wan Azizah – 25%

Azmin Ali – 6%

Calon Pas – 12%

Calon Umno – 15%

Lain-lain – 5%

Tidak pasti – 32%

Tidak mahu menjawab – 5%

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Abdul Khalid, dan bukannya Wan Azizah.

Statistik yang paling menggerunkan ialah 32% yang menjawab “tidak pasti” melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan, akan tetapi, nama Abdul Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian ini.

Selain daripada 32% peratus yang “tidak pasti”, Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. Sehingga hari ini, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon pengganti Abdul Khalid hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil?


Ahad, Ogos 24, 2014

MB Selangor BUAT KEJUTAN... Terbaik!!!

MB sumbangSHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua golongan rakyat di negeri itu dapat menikmati hasil negeri tanpa mengira agama, kaum atau pun fahaman politik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini dibuktikan apabila Kerajaan Negeri turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada sekolah agama, Tamil dan Cina sejak 2008 lagi.

“Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mula berjaya memberikan pendapatan dan hasil kepada semua rakyat tak kira kaum, agama dan parti kerana tujuannya duit rakyat mesti sampai balik kepada rakyat,” kata Abdul Khalid malam tadi.

Berita Petang : Anwar tak setuju serang peribadi MB Selangor..

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju ke atas sebarang serangan secara peribadi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau walaupun perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai sebab PKR memecat menteri besar Selangor itu, hanya fakta perlu dipertengahkan dan bukan keikhlasan dan peribadinya.

"Walaupun memberi penerangan, mungkin boleh lakukan dengan lembut dan sederhana sehingga tidak menyinggung perasan. Tapi fakta harus disampaikan.

"Tapi jangan serang secara peribadi. Saya tak setuju. Ini soal kepedulian. Iktiraf keikhlasan dan sumbangan beliau," kata Anwar dalam perutusan khas beliau di Kongres Nasional PKR hari ini.

Anwar yang menganggap Khalid sebagai sahabat dan keluarga kepada beliau dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengakui dilihat lemah kerana isu ini.



mk

Berita Pagi : Beri peluang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubur

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.

Muktamar berkenaan diadakan di Putik, dekat sini yang turut dihadiri tetamu jemputan daripada beberapa NGO Islam seperti Abim, Ikram, wakil Hamas Palestin dan muslimat PAS Pusat.

Menurutnya, pengalaman lalu bukan hanya calon PAS yang pernah memenangi Dun tersebut, sebaliknya apabila meletakkan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat, undi Dun lebih rendah berbanding peringkat Parlimen.

MB Selangor ucap tahniah Kepada TG Hadi Awang

Hadi PASSHAH ALAM 23 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

“Tahniah kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, yang telah terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia.

“Tokoh agama sekaligus ahli politik yang diiktiraf dunia. Moga terus istiqamah dalam perjuangan,” tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.

Sabtu, Ogos 23, 2014

Presiden PAS dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia... Terbaik!!!


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.

Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.

Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.

Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.

hd

Jumaat, Ogos 22, 2014

Sila Dedah punca kereta perisai terbalik


PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mendesak  satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi kereta perisai terbalik yang mengakibatkan kematian dua orang tentera di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan terperinci itu penting bagi merungkai persoalan yang bermain di kalangan rakyat khususnya lebih lebih lagi ia berlaku di kawasan yang sering berlaku ancaman keselamatan.

“Ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran siri ancaman keselamatan yang sering berlaku akibat tindakan provokasi pihak-pihak luar.

“Saya yakin pihak tentera sendiri amat serius di dalam menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara.

"Namun rakyat juga berhak untuk tahu apakah sebenarnya yang mengakibatkan kereta perisai yang sewajarnya digunakan untuk peperangan namun boleh hilang kawalan dengan mudah seterusnya mengakibatkan kematian,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PANAS!! : PAS Terenganu syor dua ADUN Selangor dipecat


PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama.

Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin.

Berita Pagi : Kerajaan Negeri lulus RM2 juta bangun teknologi maklumat UNISEL

Unisel-GrafikSHAH ALAM, 21 OGOS: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2.65 juta untuk menaiktaraf pembangunan teknologi maklumat (ICT) Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Negeri, Dr Halimah Ali, berkata kemudahan menaiktaraf kemudahan itu khususnya untuk pangkalan data, bilik server, infra bilik server dan rangkaian serta perkhidmatan telefon.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri ingin membawa UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi yang mampu berfungsi secara optima dengan memberikan kemudahan infrastruktur.

Khamis, Ogos 21, 2014

Walaupun 6 exco kosong, urusan Kerajaan Selangor tetap berjalan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan Negeri akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio terpaksa dikosongkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama.
Dr HalimahKatanya, Kerajaan Negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat.

“Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua program dirancang supaya berjalan seperti biasa.
“Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

BERITA SEMASA ; Curi pasir, Polis rampas kapal RM2 juta

 
 
SIBU - Polis marin merampas sebuah kapal bernilai RM2 juta serta dua kren berharga RM800,000 selepas sebuah pasukan rondaan terserempak dengan kegiatan pengambilan pasir secara haram di Sungai Rajang di Tanjung Kumpei, di kawasan Hulu Lanang di sini pada Isnin. 
    
Pemerintah Polis Marin Wilayah 5, Asisten Komisioner N.Kalai Chelvan berkata, ketika melalui kawasan berkenaan, pasukan itu terserempak dengan kapal terbabit dan membuat pemeriksaan terhadapnya.
    

TERBONGKAR!! APA KATA EXCO PAS TENTANG MB SELANGOR

Dr Halimah (tengah) ketika sidang media di pejabatnya, semalam.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipuji exco daripada Pas sebagai seorang ketua yang bijak dalam menguruskan kewangan sehingga mampu meningkatkan rizab kepada lebih RM3 bilion.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, walaupun Menteri Besar Selangor itu disifatkan seorang yang kedekut dalam meluluskan peruntukan negeri namun, sikap berhati-hati beliau itu untuk kepentingan rakyat.

“Dengan beliau bila minta RM1 pun susah nak bagi tetapi kalau kita beri hujah yang bagus, Abdul Khalid tiada masalah untuk meluluskan peruntukan.

“Apabila kita bentangkan sesuatu pelan itu, perkara yang paling diutamakan Abdul Khalid adakah ia bawa kepentingan rakyat. Jika perancangan tidak memberangsangkan dan tidak meyakinkan beliau, sudah tentu tidak diluluskan dan kita semua tahu sikapnya,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam.

Rabu, Ogos 20, 2014

Pakatan Rakyat (PR) akan mengalami kerugian serta berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak . Kata NGO

.SHAH ALAM 20 OGOS: Sekumpulan 12 badan bukan kerajaan (NGO) mewakili rakyat Selangor  melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir, di sini, hari ini.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (ARAS),Abdul Rahim Abdul Wahab, berkata negara, Pakatan Rakyat  (PR) dan Selangor akan mengalami kerugian serta berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak .

Beliau berkata , PR perlu mengambil pemimpin yang  menag berjiwa rakyat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Selangor.

“Selepas  kerajaan PR mengambil alih, Abdul Khalid bawa banyak perubahan bukan saja daripada segi material, tetapi lebih penting adalah perubahan pendekatan politik.
“Pada pandangan saya, Khalid tak perlu diganti. Seharusnya, beliau habiskan penggal ini sebagai menteri besar dan sediakan penggantinya selepas ini,” kata Abdul Rahim dipetik Malaysiakini.

Berita Semasa : “Itulah harga sebuah integriti” kata MB Selangor

pk6SHAH ALAM, 19 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana terpaksa berdepan tempias krisis jawatan Menteri Besar Syang kini hangat diperkatakan baik di kalangan pemimpin juga media.

Abdul Khalid dalam nada tenang membuat ucapan maaf berkenaan di hadapan lebih 100 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

“Saya minta maaf terhadap perhatian yang terpaksa dihadapi oleh anda sekalian. Perkara ini menjadi kebiasaan bagi saya sebagai ahli politik, jadi saya terpaksa menghadapinya.

“Saya minta maaf kerana anda datang ke sini bukan untuk terbabit dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti,” katanya.

Selasa, Ogos 19, 2014

Langkah singkir Khalid Ibrahim makan diri di Internet

 

Usaha PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tidak mendapat sokongan yang memberangsangkan di atas talian.

Analisis sentimen terhadap 2,602 pengguna Twitter secara rawak yang menulis tentang krisis itu mendapati, 'serangan' terhadap Khalid menjauhkan pengguna daripada laman blog mikro itu.

"Tindakan Pakatan Rakyat (terutamanya PKR) dalam menghadapi krisis ini secara keseluruhannya dikritik secara meluas termasuk pengguna yang menerima pemecatan Khalid.

MB Selangor : “Hormati titah Sultan & hindari kenyataan negatif”

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM, 18 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan titah DYMM Sultan Selangor yang meminta semua pihak menunggu kepulangan Baginda bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Kerajaan Negeri yang dihadapi kini.

Dalam satu kenyataannya berkata, beliau sendiri menghormati nasihat Tuanku Sultan berkenaan.

“Saya menghormati dan akur nasihat DYMM Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.
“Sehingga itu, saya dan barisan EXCO akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik.

Isnin, Ogos 18, 2014

BERITA TERKINI : Sultan titah Abdul Khalid tunggu hingga balik bincang isu MB Selangor

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM 18 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menunggu sehingga Baginda Sultan berangkat balik ke tanahair bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri Selangor.

 ”Dalam permohonan itu juga Abdul Khalid menyebut akan menyentuh mengenai isu kedudukan beliau sebagai menteri besar dan permohonan itu telah saya sembah maklum kepada Tuanku.

“Bagaimanapun, Baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanahair dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

sk

Rumah Selangorku: Kerajaan Negeri sasar 40,000 rumah mampu milik untuk 5 tahun..

pk2HULU SELANGOR, 16 OGOS: Kerajaan Negeri terus komited membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan untuk memenuhi keperluan rakyat Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan 40,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang melalui program Rumah Selangorku.

Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

“Kita akan mulakan projek rumah mampu milik sendiri pada Oktober tahun ini di Sungai Sering yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menggunakan rizab negeri RM100 juta.

BERITA PAGI : TS Abdul Khalid terima keputusan PAS, terus tadbir hingga keputusan Sultan

sultanSHAH ALAM, 17 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dengan perkembangan terbaru itu, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shahu ntuk memberi nasihat berkenaan langkah seterusnya.

Abdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama empat ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik berkenaan sehingga DYMM Sultan Selangor membuat keputusan muktamad.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di negeri ini.
“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul serta berasaskan undang-undang.


Sabtu, Ogos 16, 2014

Ahli PAS jangan menangguk di air keruh, ikut arahan Presiden....Faham!!!

Hadi PASSHAH ALAM, 16 OGOS: Semua ahli PAS diingatkan supaya tidak menangguk di air keruh dan perlu mendengar segala arahan yang akan dibuat secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu kenyataan berkata, semua ahli parti Islam itu perlu merujuk arahan daripada Presiden dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat imej parti.

“Saya difahamkan ada mesej yang mengaitkan saya sebagai pemberi arahan (untuk melakukan tindakan) kepada ahli yang lain. Perkara itu jelas tidak benar.

“Saya mengingatkan kepada ahli PAS, supaya merujuk arahan rasmi daripada Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja,” katanya menerusi laman Facebook.

Sultan Selangor titah MB Selangor tidak buat kenyataan

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM 15 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga Baginda Sultan kembali pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid berkata, Baginda Sultan telah menitahkan yang Baginda berpuas hati bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos lepas.

“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Jumaat, Ogos 15, 2014

4 Exco PAS kekal kabinet MB bagi pertahan sumber kewangan Selangor jatuh ke Umno..ALLAHU AKBAR!!!

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)SHAH ALAM 15 OGOS: Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi mempertahankan tindakan kekal dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri dan rizab simpanan RM3.2 bilion.

Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng terakhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Orang ramai patut tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi,” kata Sallehen dipetik Malaysian Insider.

ABIM: Adakan Solat Hajat 3 hari berturut-turut mohon isu MB Selangor selesai dengan baik

solatSHAH ALAM, 14 OGOS: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengajak seluruh rakyat Selangor bersama-sama mengadakan Solat Hajat mendoakan agar isu kepimpinan di Selangor berakhir dengan baik.

Naib Presiden ABIM, Hasri Harun berkata, Solat Hajat selama tiga hari berturut-turut demi memastikan harapan rakyat untuk melihat Selangor mencapai jalan penyelesaian baik.

“ABIM menyeru semua rakyat Selangor bersabar, bertenang dan bersikap rasional dalam menghadapi kemelut ini,” kata Hasri dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata Solat Hajat ini bertujuan mendoakan semoga kemelut di Selangor kembali aman dan program pembangunan rakyat dapat diteruskan seperti biasa.

sk

'Tukar MB bukan macam tukar ketua kampung' - Naib Presiden PAS

 

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian menteri besar negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan menteri besar, jawatan nombor satu dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Kita bukan mahu menukar seorang ketua kampung, ini urusan menukar seorang menteri besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Justeru itu, we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity.

Kita bercakap tentang meminta seseorang menteri besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran negeri yang ditadbirnya?

Bukti!! MB Selangor Tidak Berdendam Dengar PKR..

logo-pkrSHAH ALAM 13 OGOS: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti itu.

Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini.

“Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati),” kata Abdul Khalid dipetik Malaysiakini.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.

Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu.

sk

Khamis, Ogos 14, 2014

Selangor lulus RM50 juta bina Maahad Tahfiz Sains Integrasi


Dr HalimahSHAH ALAM, 14 OGOS: Kerajaan Selangor meluluskan pembinaan tambahan Sekolah Maahad Tahfiz Sains Integrasi di negeri ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sehubungan itu, katanya sebuah jawatankuasa baru yang diketuai Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar sudah dibentuk bagi memastikan kelancaran pembinaan maahad integrasi berkenaan.

“Jawatankuasa yang diketuai Exco Perumahan itu adalah untuk memastikan reka bentuk sekolah berkenaan akan menepati satu iklim pembelajaran yang akan melahirkan modal insan terbaik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Kerajaan Selangor kini dalam proses untuk memastikan sekurang-kurangnya terdapat satu Maahad Integrasi Tahfiz Sains di setiap daerah di negeri ini yang akan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Setakat ini, sebanyak tiga buah maahad tahfiz telah diwujudkan di Selangor.

Selangor bukan lagi milik PR

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengiktiraf Kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada...Umno pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah.

"Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau diminta kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim yang mendesak Abdul Khalid melepaskan kerusi menteri besar kerana rakyat Selangor memberikan mandat kepada PR melalui PRU13.

Beliau pada sidang media itu nampak tenang selepas mengharungi krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila dipecat keahlian seumur hidup daripada PKR.

PANAS!! MB Selangor akan saman jika PKR tak mohon maaf

 

Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat tuntutan kepada Datuk Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.

Surat sepanjang 13 halaman itu dihantar melalui peguam Khalid dari firma Bon Advocates pada Isnin malam dan salinannya disaksikan oleh Malaysiakini hari ini.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf agar beliau tidak memulakan tindakan undang-undang.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Rabu, Ogos 13, 2014

MB Selangor, Pemecatan Exco PKR & DAP sah mendapat perkenan Sultan

MB mesyuarat

SHAH ALAM, 13 OGOS : Pemecatan kesemua ahli Exco daripada PKR dan DAP yang berkuatkuasa serta-merta semalam adalah sah dan mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor berkenan untuk membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan atas nasihat beliau yang dilakukan secara bertulis.

Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga mengadakan mesyuarat secara biasa dengan korum mencukupi iaitu seramai empat orang Exco dan tiga pegawai ex officio terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

“Tindakan ini mematuhi dasar Undang-undang Tubuh Negeri yang menetapkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco untuk mentadbir negeri secara sah.

Rakyat mahu isu MB Selangor tak jejas kemajuan Selangor

sukSHAH ALAM, 13 OGOS: Rakyat mahu isu Menteri Besar Selangor tidak menjejaskan kemajuan negeri termaju Malaysia itu demi kepentingan rakyat.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar.

Pekerja swasta, Nasharudin Yusuf, 41, yakin perkenan yang diberikan Sultan Selangor itu merupakan langkah yang tepat demi kebaikan rakyat.

“Tuanku Sultan Selangor pula sudah tentu memikirkan kesejahteraan rakyatnya di bawah pentadbiran Menteri Besar yang ada sekarang dan peruntukan undang-undang yang ada,” kata Nasharuddin kepada Selangor Kini di sini.

Selasa, Ogos 12, 2014

[ BERITA PANAS ] MB Selangor pecat semua Exco PKR & DAP serta merta

EXCOSELANGORSHAH ALAM, 12 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dengan berkuat kuasa serta merta.

Kesemua surat pemecatan sudah dihantar kepada Exco-exco terbabit kecuali Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang kini sedang menghadiri kursus di luar negara.

Perkara ini disahkan Pegawai Seketariat Akhbar Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.

Semua Exco PAS bertugas seperti biasa pastikan kepentingan rakyat terpelihara...Allahu Akbar!!!!

SHAH ALAM, 12 OGOS: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai exco Kerajaan Negeri seperti biasa seperti mana yang diarahkan PAS Pusat.

“Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai exco sehinggalah sekiranya ada arahan baru dari pusat selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos nanti,” kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini.
EXCOSELANGORJelas beliau, langkah itu diambil bagi memastikan kepentingan dan perkhidmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat dijalankan seperti biasa.

Penjelasan itu dibuat ekoran beberapa pihak yang mahukan Abdul Khalid dipecat sengaja menimbulkan pelbagai andaian ekoran ketiadaan Exco PAS dalam sidang media Abdul Khalid semalam.

Tambah Dr Ahmad Yunus lagi, pihak beliau juga bersedia bertemu Abdul Khalid pada bila-bila masa apabila menerima isyarat dari Pejabat Menteri Besar.

MB Selangor saman portal Malaysian Insider..YES!!!!!

PC MB di SUK 11.08.2014 (3)

SHAH ALAM 12 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen “anti-Khalid”.

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

[ BERITA PAGI ] KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR...

mb salam sultan a

SHAH ALAM, 11 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah memaklumkan kedudukan terkini selepas pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertemuan pagi tadi.

Katanya, Sultan Sharafuddin perkenan beliau meneruskan tugas sebgaai menteri besar selepas Abdul Khalid menjelaskan masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Menurut artikel 53 2 b undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kuranagnya empat hingga 10 ahli.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco)akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya

dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Isnin, Ogos 11, 2014

Walaupun Di Pecat oleh PKR...Khalid Ibrahim Doa untuk Anwar sempena ulang tahunnya..

Doa Khalid untuk Anwar sempena ulang tahun

SHAH ALAM – Umum mengetahui persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keengganannya untuk melepaskan jawatan tersebut.

Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat,” tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi.

sh

[BERITA PAGI] MB KHALID IBRAHIM DI ZALIMI??

 

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring (kiri, berbaju hijau), program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.



Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive