Iklan Penaja 1

Picture

Isnin, Jun 30, 2014

Anwar Ibrahim ingatkan kementerian pendidikan, jangan khianati harapan rakyat


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kementerian Pendidikan, kuasa melantik dan melucutkan jawatan bukan setakat melanggar kebebasan akademik, bahkan juga mengkhianati harapan rakyat yang mahukan kedudukan lebih baik bagi institusi pendidikan tinggi.

Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan kementerian pendidikan yang tidak menyambung kontrak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

 “Jelas menunjukkan keputusan untuk tidak memperbaharui tempoh Redzuan adalah cara lain memecat beliau atas keberaniannya menjalankan tugas tanpa rasa takut,” kata Anwar dalam blognya hari ini. The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.

 Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu. Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.

 Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu. Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.

 “Tindakan kementerian terhadap Redzuan itu juga tidak mengejutkan, amat mengecewakan, dan sudah boleh dijangka,” kata Anwar. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, tindakan sama turut dilalui beberapa ahli akademik lain seperti pakar ekonomi terkemuka, Prof Jomo KS, penganalisis politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari.

 Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan. Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok. Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi. – 30 Jun, 2014.

tmi

[ GILA!! ] Zahid Hamidi galak keganasan, biarkan jenayah

KUALA LUMPUR 30 JUN: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang, RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.

Fahmi“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.
“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.

Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.

Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.
Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi  meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.

“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.

” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi.

kd

[ Berita Pagi ] Malaysia Aman...ini buktinya..he he he eh he..

 

Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi ini.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang  menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.

"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau berikutan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui enam kelongsong peluru jenis 9mm dan sepucuk pistol serta satu kesan das tembakan pada bahagian pintu kereta mangsa.

Katanya, kesemua mereka (lapan sahabat) kini disoal siasat bagi membantu dan mengenal pasti motif kejadian itu.


mk

Sabtu, Jun 28, 2014

[ ADA BERANI??? ] Rafizi Ramli cabar Muhyiddin..

KUALA LUMPUR 27 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli menggesa supaya perjanjian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang melibatkan berbilion ringgit didedahkan kepada umum.

Ia katanya, ekoran kenyataan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak memahami konsep penswastaan atau ‘Private Finance Initiatives (PFI)’ yang didakwa memberi kebaikan kepada universiti itu.

Rafizi (2)Menafikan beliau menentang kaedah PFI, Rafizi berkata beliau mempertikaikan beberapa perkara dalam pemberian konsesi berkenaan seperti pemberian tender runding terus yang dilihat hanya menguntungkan syarikat konsesi.

“Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno dan kemudian melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

“Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang ditanggung UiTM ini sehingga lima kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini? Berapa margin keuntungan diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?” soalnya.

Menurutnya, jika perjanjian itu didedahkan, rakyat boleh memastikan tiada unsur keuntungan berlipat kali ganda diberi kepada pemegang konsesi sepertimana penswastaan air dan lebuh raya.
“Oleh itu saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.

“Jika Muhyiddin tidak bersedia mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa kerajaan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu,” ujarnya.

kd

[ INFO ] BERITA PAGI UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.
  
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.
  
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).



mk

Jumaat, Jun 27, 2014

[ Kerajaan PR ] Terbaik!! MB Selangor..Tapi ada lagi yang Tak Puas Hati..


KUALA LUMPUR: Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan sehingga lebih RM100 juta setahun, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.

“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.

“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.

Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.

hd

[ BERITA PAGI ] ADA BERITA BAIK JOM SERBU!!!!!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran bantuan RM500 sekali sahaja kepada 43,000 penoreh dan pekebun kecil getah di seluruh negara yang akan diagihkan Ramadan ini.
  
Beliau berkata bantuan itu, yang merupakan saranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, akan dapat membantu meringankan beban penoreh yang tidak mempunyai kebun getah sendiri dan pekebun kecil yang terkesan akibat harga getah yang rendah pada masa ini.
  
"Bayaran sekali sahaja sebanyak RM500 akan dibuat pada Ramadan ini melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," kata perdana menteri di majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan di Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8 Sri Gading di Batu Pahat semalam.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


mk

Admin : BERI AMBIK KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH....
JIKA ADA PILIHAN RAYA KITA UNDI PAKATAN RAKYAT... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..

Khamis, Jun 26, 2014

BN terdesak raih sokongan..kah kah kah kah kah

KUALA LUMPUR 25 JUN: Perlantikan pimpinan MCA dan Gerakan dalam kabinet bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penstrukturan semula kabinet yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara, selepas penolakan nyata kedua-dua parti komponen BN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.

“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno,” katanya dipetik.

kabinet NajibBeliau mengulas perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ke dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di JPM, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet dengan menambah anggota di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya memberi manfaat kepada Najib sendiri, selain untuk membalas jasa kepada mereka yang berjaya mempertahankan kerusi BN.

“PM boleh goyang kaki bersama isteri? Tambah anggota Kabinet tapi Kabinet tetap tak berupaya. Jawatan sebagai hadiah…,” kata Khalid di twitter.

kd

[ TERKINI!! ] ADA LAGI RAHSIA YANG AKAN DI BONGKARKAN OLEH RAFIZI RAMLI

KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.

IMG_1553“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.

“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.

Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.

Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.

Dalam masa sama, UiTM perlu membayar sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.

Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.

kd

Rabu, Jun 25, 2014

[ FOKUS ] NAJIB TIPU RAKYAT TERANG-TERANG..

 

Pendengaran rayuan terhadap pembebasan Chf Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas pertuduhan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu memasuki hari ketiga hari ini.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara II Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad, J Kuldeep Kumar sementara Sirul diwakili oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Rezua Merican dan Ahmad Zaidi Zainol.

Rayuan akan didengar di hadapan lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria.

Hakim terlibat adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Abdull Hamid Embung, Suriyadi Halim Omar dan Ahmad Maarop.


Laporan langsung

12.43pm: Kamarul menyimpulkan hujahnya. Kuldeep, peguam Azilah, mengambil alih.

Dia memetik undang-undang kes bagi meyakinkan mahkamah bahawa rekod balai patut diterima sebagai bukti.

Kuldeep juga berhujah bahawa log panggilan telefon tidak boleh diterima.

Tun Abdul Majid menjawab ringkas dan menyimpulkan hujahnya.

Hakim Arifin berkata, mahkamah menangguhkan penghakimannya. Mahkamah ditangguhkan ke satu tarikh lain.

12.32pm: Kamarul juga menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa terdapat darah di jaket Sirul, di mana barang kemas Altantuya ditemui.

Katanya, apa yang ditemui hanya kesan DNA, tanpa sebarang bukti sumbernya daripada darah.

“Darah di jaket mencadangkan si mati entah bagaimana tercedera. Satu-satunya darah yang ditemui di selipar,” katanya.

12.25pm: Kamarul bangun untuk memberikan reaksi terhadap sanggahan Tun Abdul Majid berhubung kunci rumah yang digunakan untuk memasuki rumah Sirul.

Beliau mengakui benar Sirul menyerahkan kuncinya kepada polis tetapi ia tidak sama dengan kunci yang digunakan untuk memasuki rumahnya, seperti ditunjukkan.

Katanya, ACP Mastor Mastor (kanan) Mohd Ariff sendiri mengakui ia bukan set yang sama. Mastor yang pertama menerima kunci daripada Sirul.

Ketika hakim Richard Malanjum bertanya jika Kamarul bermaksud berkata, seseorang mungkin memasuki rumah Sirul bagi meninggalkan bahan bukti, dia bersetuju.

Kamarul berkata, terdapat isu kewibawaan sekitar barang kemas Altantuya yang ditemui di rumah Sirul, dalam jaketnya disebabkan kunci-kunci tadi.

12.10pm: Tun Abdul Majid mengakui bahawa DNA digunakan bagi menganalisis darah di selipar itu dapat meyakinkan ia sepadan dengan Altantuya.
Bagaimanapun, katanya, kesimpulan dibuat berdasarkan keadaan bukti termasuk barang kemas Altantuya di rumah Sirul.

Tun Abdul Majid menamatkan hujahnya.

12.01pm: Tun Abdul Majid beralih kepada penegasan pasukan pembelaan bahawa Rosli, rakan polis Sirul, tidak melihat sebarang kesan darah dalam kenderaan Sirul.

Sirul menyerahkan keretanya kepada Rosli supaya enjinnya dapat dipanaskan dari masa ke semasa sementara dia menjalankan tugas di Pakistan selepas kematian Altantuya.

Tun Abdul Majid mengakui perkara itu tetapi berkata, mahkamah patut juga melibat soal balasnya terhadap Rosli.

“Saya kukuhkan fakta bahawa ketika (enjin) kereta dipanaskan, dia kemudian pergi, dia tidak tengok sekeliling. Kedudukan selipar di belakang, bukan depan,” katanya.
 
11.50am: Tun Abdul Majid menyentuh hujah Kuldeep bahawa log panggilan telefon, yang menunjukkan pergerakannya pada malam Altantuya dibunuh, tidak boleh diterima.

Kuldeep semalam berhujah, log itu diubah ketika dipindahkan daripada data mentah sebenar.

Tun Abdul Majid berkata, log itu tidak diubah, sebaliknya hanya kolumnya ditambah.

Beliau berkata, tanpa mempedulikan kebolehterimaan log panggilan pun, data mentah sebenar juga telah diserahkan kepada mahkamah.

Tun Abdul Majid juga menyentuh penghujahan Kamarul bahawa kunci-kunci yang digunakan untuk memasuki rumah Sirul bukan miliknya.

Katanya, Sirul mengaku bahawa kunci-kunci diberikan kepada polis untuk memasuki rumah adalah miliknya.

11.30am: Mahkamah bersambung. Kamarul menamatkan penghujahannya. Timbalan Peguam Cara Negara II un Abdul Majid Tun Hamzah mengambil tempat.
Tun Abdul Majid menyentuh isu rekod balai Bukit Aman yang kritikan terhadap alibi Azilah.

Katanya, menurut undang-undang, rekod balai hanya boleh diterima jika pihak yang menulisnya dipanggil bagi membuktikan kandungan dokumen itu.

Pihak itu tidak dipanggil semasa perbicaraan.
Peguam Azilah, Kuldeep Kumar, semalam berhujah rekod balai patut boleh diterima.

11.00am: Hakim Arifin berkata, langkah Sirul memberikan kenyataan dari kandang tertuduh kurang kukuh. Ini kerana dalam proses itu tertuduh tidak boleh disoal balas.
Kamarul membangkitkan kes sebelum ini, apabila ia harus tetap dilihat jika kenyataan itu menguatkan kenyataan saksi lain pihak pendakwaan.

“Ia mesti mengukuhkan serta sedikit, pastinya bukan tiada kesan langsung,” katanya.

Kamarul menyebut semula keterangan Sirul daripada kandang tertuduh bahawa dia dijadikan kambing hitam.

Arifin (kanan): Kambing hitam siapa?
Kamarul: Dia kata pihak sebenar dalam jenayah ini tidak berada di mahkamah, dia hanya kambing hitam.

Arifin: Semua orang akan kata begitu.

Kamarul: Persoalan asasnya sama ada terdapat asas atas (kenyataan Sirul) itu.

Arifin: Dia harus tunjukkan bukti, dia tidak boleh begitu saja jadi kambing hitam... Seperti terlibat dalam pertengkaran atau seseorang tidak suka kamu. Kami tidak boleh begitu saja beritahu mahkamah bahawa kamu dianiaya.

Kamarul: Terdapat dua keadaan apabila seseorang berkata menjadi kambing hitam, salah satunya motif... Selain itu boleh jadi apabila polis mengesan suspek dan mempunyai bukti A, B, C mereka kemudian mencipta bukti D, E, F untuk menguatkan kes.

Arifin: Itu bukan kambing hitam, itu cuba menguatkan kes.

Kamarul kemudian menjelaskan, selepas polis mengesyaki Sirul berdasarkan sesuatu bukti, mereka mungkin memalsukan lebih banyak bukti untuk meyakinkan diri mereka sendiri dan menguatkan kes di mahkamah.

Katanya, motif itu sedia diketahui dan ia tidak berkait dengan perasaan cemburu, benci atau suka.

Mahkamah berhenti berehat sebentar.

10.33am: Kamarul berhujah, CCTV yang merakam Sirul sedang keluar di tol menuju Kota Damansara tidak menunjukkannya bersalah kerana ia jalan biasa digunakannya untuk pulang ke rumahnya di Jalan Semarak.

Katanya, kehadiran Sirul bersama Azilah di kediaman penganalisis politik Razak Baginda (atas) dan Hotel Malaya di mana Altantuya tinggal hanya kerana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai polis.

Katanya. Kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang niat untuk melakukan pembunuhan itu.

10.08am: Kamarul berkata, kesan darah pada selipar itu diuji menggunakan mitochondria DNA (mtDNA) kerana sampelnya tidak cukup untuk ujian penuh DNA.

Katanya, mtDNA hanya boleh merumuskan bahawa darah itu datang daripada hubungan darah yang sama dan tidak seperti DNA, ia tidak boleh secara spesifik mengenal pasti mana-mana pihak.

Oleh itu, tambahnya, keputusan mtDNA tidak boleh mengukuhkan hujah bahawa ia berasal daripada Altantuya.

9.44am: Kamarul berkata, sampel tanah daripada kenderaan Sirul juga tidak sepadan dengan di lokasi pembunuhan Altantuya.

“Tiada hubungan material. Tiada siapa boleh memastikan kereta itu berada di lokasi jenayah,” katanya.

9.36am: Kamarul (kanan) memberitahu mahkamah bahawa selipar yang dikatakan mempunyai darah Altantuya dan ditemui dalam kenderaan Sirul tidak berada di situ pada hari sebelumnya.

Katanya, Sirul pernah memberikan kunci keretanya kepada Sarjan Rosli Ibrahim ketika bertolak ke Pakistan pada 31 Oktober bagi menjalankan tugas keselamatan terhadap perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi.

Rosli kemudian memberikan kunci keretanya kepada DSP Mohd Khairi Khairuddin atas permintaan, tambahnya.

“Rosli memberikan kenyataan langsung bahawa selipar itu tidak berada di situ ketika beliau menjaga kenderaan itu sehinggalah menyerahkannya kepada Khairu.

“Selipar itu jelas tiada di situ sebelum itu,” katanya.

Kamarul juga berkata, Khairul tidak dipanggil oleh pasukan pendakwaan untuk menjelaskan perkara itu.

Hakim Arifin Zakaria kemudian bertanya jika pihak pendakwaan menawarkan Khairi sebagai saksi kepada pasukan pembelaan, yang mana Kamarul menjawab secara positif.

Bagaimanapun, katanya, pasukan pembelaan tidak memanggil Khairi ekoran ia menjadi beban kepada pihak pendakwaan untuk melakukannya kerana Rosli juga menjadi saksi pendakwaan.

9.22am: Pendengaran kes rayuan bermula.

mk

[ BERITA PAGI HOT!! ] MUHYIDDIN BAKAL DI SINGKIRKAN HE HE HE HE HE...LAYAN!!

KUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin diyakini ekoran petunjuk baru daripada Perdana Menteri.

Ini dikuatkan lagi apabila Datuk Seri Najib Razak petang tadi baharu sahaja memberi bayangan tentang rombakan kabinet.

Najib-Muhyiddin1Beliau dilapor menyatakan pelancaran KLIA2 di Sepang hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib.

Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara sebab beliau akan disingkirkan.

kd

Selasa, Jun 24, 2014

[ TERKINI!! ] LAGI RAFIZI RAMLI DEDAHKAN ISU SKANDAL UiTM MELIBATKAN MENTERI UMNO.. HOT!!!!


 

Hari ini saya boleh mengesahkan bahawa Dato’ Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian and Industri Asas Tani adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah. Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.

Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM. Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato’ Tajuddin Rahman. Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato’ Tajuddin Rahman.


Seorang lagi pengarah di dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Dato’ Tajuddin Rahman adalah Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka. Selain UniTapah Sdn Bhd, Dato’ Tajuddin Rahman dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Dato’ Tajuddin Rahman adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

Kepentingan Dato’ Tajuddin Rahman di dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd. Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% di dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).


Dato’ Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar. Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham). Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato’ Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

Walaupun pegangan Dato’ Tajuddin Rahman tidaklah sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

24 Jun 2014

Sumber asal : SINI

Anwar Ibrahim Bantah [ Pusat Judi ] Kasino Kedua di Malaysia..


PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?”

“Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni,” katanya dalam sidang media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut

Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.

Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.
“Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.

“Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri,” ujarnya.

kd

Isnin, Jun 23, 2014

AJK Pas Pusat meninggal dunia


SHAH ALAM - AJK Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jam 3.16 pagi tadi.

Insiden berlaku di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil.

Pembantu Allahyarham, Hasmizi Hasan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan.

Abu Bakar meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Kereta yang dinaiki Allahyarham dilaporkan melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Al-Fatihah.

sh

Ahad, Jun 22, 2014

PR akan bincang kedudukan Khalid [ Anwar Ibrahim ]

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI

PUCHONG - Sama ada perlu kekal atau tidak sebagai menteri besar, perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam Pakatan Rakyat, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian mengulas perkembangan terbaru membabitkan desakan Pas supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan.

"Pandangan dan luahan yang diutarakan terhadap Abdul Khalid mungkin berdasarkan kepada keadaan dan prestasi semasa.

"Kita akan mendengar idea dan cadangan yang diajukan. Kemudian kita akan berbincang dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan bersama," katanya selepas ceramah Asian Renaissanace di Centre for Reform, Democracy and Social Initiative, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Pas Selangor turut menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

sh

Sabtu, Jun 21, 2014

[ HOT!! ] NAJIB BAPAK PENIPU RAKYAT KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



MELAKA - Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan itu dan sistem GST yang lebih telus serta efisien dilihat dapat membantu menambah hasil kerajaan.
  
"Kalau Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) nak minta tambah elaun dan sebagainya, saya sebagai Menteri Kewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan.
  
"Kita tidak boleh pinjam duit daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia nak bayar gaji, elaun... tak boleh, resepi itu boleh membawa kepada bencana ekonomi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, hari ini.

Katanya rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.  
  
Najib turut menegaskan pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat.
  
"Bukan semua barang akan naik (dan) bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan GST), banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST, inilah yang patut kita faham," katanya.

GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
  
Sistem cukai baharu itu menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan berjumlah 16 peratus.
  
Sementara itu, mengulas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dikhuatiri Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan warga pekerja, Najib berkata negara yang menyertai perjanjian TPP mempunyai kelebihan tertentu terutamanya dalam perkara melibatkan pelaburan dan pasaran.

"Malaysia tiada pasaran domestik yang besar seperti Indonesia atau China, kita bergantung kepada pasaran dunia, kalau kita hilang daya saing maka jumlah pelaburan dalam negara akan merudum dan akhirnya tidak berjaya menambah pekerjaan atau menaikkan kualiti pekerjaan ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.
  
Namun, beliau berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat serta tidak akan membuat keputusan sehingga mengorbankan kepentingan negara.

sh

[ SAH!!! ] UiTM Sahkan Pemimpin Umno Curi duit Rakyat..

 

  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut menguntungkan ahli politik Umno.

"Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.

"Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.

"Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang setiap syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataa.

Hanya jawab keuntungan UiTM

Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.

"Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.

"Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah “private finance initiatives” (PFI)," katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.

Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.

Isu tender terbuka

Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu dijalankan secara telus dan terbuka.

"Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.

"Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus," katanya.

Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.

"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain," katanya.


mk

Jumaat, Jun 20, 2014

[ PANAS!! ] BEKAS MENTERI UMNO KATA MUHYIDDIN YASSIN BAKAL LETAK JAWATAN

SHAH ALAM 20 JUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

MuhyiddinZainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.

“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya, dipetik media Selangorku.com.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

“Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz,” katanya.

kd

BERITA HOT PAGI JUMAAT [ NAJIB PENING ]

Azilah Hadri ditangkap khalwat


Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.
  
Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
  
Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.
  
Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka.
  
"Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
  
Isnin ini, Azilah sepatutnya hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasannya bersama seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Koperal Sirul Azhar Umar, 43.
  
Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.


mk

Khamis, Jun 19, 2014

[ PANAS!! ] Lagi Rafizi Ramli dedah dua lagi pemimpin Umno terima Projek JUTA-JUTA

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dedah lagi syarikat ada kaitan Umno dengan penswastaan pembinaan cawangan UiTM. Gambar fail The Malaysian Insider.




















 
Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan berdasarkan perancangan jangka panjang universiti itu, sebaliknya lebih dipengaruhi kepada melobi dan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi, dakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

 Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian dengan menggunakan contoh konsesi penswastaan UiTM Jasin yang dibuat melalui rundingan terus.

 "Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal dua tokoh Umno Selangor, yang juga bekas wakil rakyat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom, dan Adun Sungai Air Tawar yang juga bekas ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

 Rafizi berkara, ekoran kegagalan konsesi itu untuk membina UiTM cawangan Serendah, syarikat yang dikawal mereka melalui YBK terlibat dengan konsesi penswastaan UiTM Jasin. "Bukti yang saya tampilkan setakat ini sudah cukup menunjukkan bagaimana UiTM digunakan Umno untuk menanggung beban bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno," katanya. – 19 Jun, 2014.

tmi

[ Tolak petisyen ] Kerajaan Umno terus cengkam peneroka Felda..HOT!!!!!

KUALA LUMPUR 18 JUN: Petisyen rayuan peneroka Felda yang ditolak di Dewan Rakyat memberi gambaran bahawa kerajaan bakal menindas mereka pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Penolakan ini kerana kerajaan tidak mahu peneroka memperolehi taraf hidup lebih baik. Mereka mahu peneroka terus bergantung hidup dengan Felda.

IMG_0874“Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar rakyat terus bergantung hidup kepada kuasa politik,” kata Mahfuz pada sidang media di luar lobi Parlimen hari ini.
Katanya, kerajaan perlu memberi peluang kepada peneroka untuk menentukan kehidupan mereka pada masa depan, bukan ditindas seperti ini.

“Peneroka tuntut lesen pekebun kecil bagi membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan munasabah. Kerajaan sepatutnya membenarkan permohonan ini.

“Tetapi apa yang kerajaan buat? Peneroka terus dicengkam supaya meneruskan kehidupan melalui pemberian kerajaan.

“Terbukti kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Rayuan peneroka supaya masalah mereka dapat didengari langsung tidak dipeduli.

“Kita ucapkan tahniah kepada peneroka kerana berani bangkit dalam menuntut hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

kd

Rabu, Jun 18, 2014

[ PANAS!! ] NAJIB PALING MALAS HADIR DEWAN RAKYAT..


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan, lapor Roketkini.

Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.

“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” katanya sinis.

hd

[ PARAH!! ] KESELAMATAN NEGARA DALAM BAHAYA!!

Foto Hiasan..
 
[ ANGGOTA KESELAMATAN TERLIBAT MEROGOL ] KESELAMATAN NEGARA KIAN PARAH

(17 Jun 2014)

Kes seorang gadis berusia 14 tahun dirogol oleh enam anggota tentera di pantai Pontian Besar beberapa pada 13 Jun 2014 yang lalu amat menggemparkan. Tiga daripada anggota tentera terbabit didapati positif dadah. Isu ini mengulangi kes jenayah dan perlakuan kejam iaitu rogol beramai-ramai ke atas wanita, dan kali ini anggota tentera yang didapati melakukannya. Masyarakat seakan-akan tidak peduli bahawa mangsa serangan seksual adalah wanita, seorang gadis yang tidak berdaya manakala pelakunya adalah beberapa orang yang ganas dan buas.

Isunya adalah bagaimana kes rogol gadis oleh sekumpulan lelaki secara beramai-ramai menjadi begitu viral dalam masyarakat. Lebih dari itu, bagaimana kes jenayah dapat dibendung dalam negara ini, jika yang melakukannya adalah pelindung atau pengaman keselamatan negara? Kes ini pastinya amat memalukan institusi keselamatan negara kerana pelaku jenayah adalah anggota tentera. Mereka secara beramai-ramai menangkap seorang gadis bawah umur yang tidak berdaya dan merogol gadis tersebut, bahkan mereka juga didapati positif dadah. Apakah golongan seperti ini layak menjadi pasukan pengaman dan menjaga keselamatan negara? Sepatutnya mereka yang menjadi pelindung orang awam, mewujudkan keamanan dan ketenteraman masyarakat, bukannya menambah kebimbangan rakyat dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain. 

Jenayah di negara ini tidak mungkin surut atau susut andai pihak keselamatan yang terdiri daripada polis, tentera dan lain-lain tidak menunjukkan teladan yang baik. Kebimbangan rakyat kini bukan lagi penjenayah yang berlegar dari kalangan orang awam di merata tempat, tetapi juga terhadap anggota keselamatan negara. Tidak ada jaminan tiada siapa terlepas dari menjadi mangsa keganasan atau jenayah di mana sahaja oleh sesiapa sahaja, termasuk pasukan keselamatan. Jika begitu, kepada siapa pula masyarakat boleh berlindung?

Jika kerajaan mengambil perhatian isu jenayah seksual ke atas wanita terutama kes rogol beramai-ramai, maka kes yang berlaku ke atas gadis berusia 14 tahun di Pontian Besar perlu diberi perhatian khusus. Anggota tentera terbabit, selain digantung atau dipecat mereka juga perlu diambil tindakan keras, kerana menjatuhkan reputasi dan imej pasukan keselamatan negara. Bahkan, modul dan peraturan khusus perlu dibuat dengan memberi amaran keras kepada mana-mana anggota keselamatan – daripada polis, tentera, Pasukan Gerakan Am, dan lain-lain unit agar menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Harapan rakyat agar kes seumpama ini adalah yang terakhir berlaku dan Kementerian Dalam Negeri juga Kementerian Pertahanan perlu mengambil pengajaran supaya anggota pasukan keselamatan bertindak jujur, berakhlak baik, tangkas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Tidak ada maaf kepada mana-mana anggota keselamatan yang masih bertugas atau dalam perkhidmatan jika ditangkap atau terlibat dengan jenayah. 

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli jawatankuasa PAS Pusat

Selasa, Jun 17, 2014

[ Terbongkar!! ] Adun UMNO Dapat Projek JUTA-JUTA...

KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang diberikan kepada seorang Adun Umno Pulau Pinang.

Katanya, perkara itu disahkan oleh perdana menteri dalam jawapan di parlimen yang mengakui kos kampus berkenaan adalah antara RM280 juta hingga RM315 juta dan disewakan semula kepada UITM. Ia katanya, merupakan perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan antara RM56 juta hingga RM69 juta.

Rafizi (2)“Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Pulau Pinang) dari Umno. Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20 peratus saham pemegang konsesi tersebut.

“Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris, Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Penyata kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedudukan aset RM6 juta dan perolehan tahunan hanya sebanyak RM150,000.

Katanya, ia membuktikan syarikat itu tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan tiada pengalaman dalam sektor pembinaan.

“Saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?,” soal Pengarah Strategi KEADILAN itu.

Pada 12 Jun lalu, Rafizi mendedahkan bahawa kerajaan memberikan konsesi kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan UiTM selama 23 tahun dan  sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta bagi setiap kampus. Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang ditanggung rakyat.

“Sedangkan kos membina 6 kampus tersebut dianggarkan sebanyak RM 1.8 billion sahaja, mengambil kos purata RM298 juta untuk setiap kampus bagi 6 kampus cawangan,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan di Dewan Rakyat April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi. Selain cawangan UiTM Pasir Gudang, kampus lain adalah Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

“Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi  terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi,” kata Rafizi.

kd

Isnin, Jun 16, 2014

[ Isu MH370 ] Semakin Panas!!!, Kehilangan disengaja dan dirancang..

MH370: Kehilangan disengaja dan dirancang dakwa buku terbaharu
Misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.
 
KUALA LUMPUR: Penulis buku dan juga seorang juruterbang pesawat komersial, Ewan Wilson menyifatkan kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah sebagai sesuatu yang telah dirancang dan disengajakan.

Wilson menulis perkara berkenaan bersama wartawan dari New Zealand, Geoff Taylor, di dalam bukunya yang bertajuk ‘Good Night Malaysia 370: The Truth Behind the Loss of Flight 370’ (Selamat Malam Malaysia 370: Kebenaran di sebalik kehilangan MH370).

Sebuah portal online United Kingdom, The Independent melaporkan salah satu kandungan buku tersebut adalah temubual bersama salah seorang saudara Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Di dalam buku tersebut, Wilson dan Taylor membuat kesimpulan mereka sendiri selepas menyiasat dan menganalisa laporan mengenai kehilangan MH370 yang dikatakan berunsur jenayah.

The Independent turut memetik kata-kata Wilson kepada satu laman portal berita di New Zealand, Stuff.co.nz yang berkata “Buat pertama kali kami memaparkan analisis terperinci laluan penerbangan yang luar biasa dan siapa yang dipercayai mengemudi pesawat tersebut sehingga ia menjunam di Lautan Hindi”

Taylor juga percaya pihak berkuasa terhutang untuk memberi ‘penjelasan mengenai kebenaran’ insiden MH370  kepada waris-waris 239 anak kapal.

“Demi waris dan keluarga penumpang kapal, kebenaran perlu diperjelaskan.

“Kami ada melawat balai perlepasan ketika kejadian, dimana ahli keluarga menunggu dengan penuh harapan. Tentu mereka berhak mengetahui kebenaran yang ditutup sekian lama” kata Taylor kepada Stuff.co.nz.

Taylor juga menambah “Apa yang terjadi kepada pesawat MH370 bukanlah satu kemalangan. Ia adalah sesuatu yang disengajakan dan dirancang dan ia tidak sepatutnya berlaku”.

Sudah masuk 100 hari, misteri kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya sejak ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Teori kehilangannya makin hebat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 29 Mei menyimpulkan bahawa kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

Baru-baru ini, seramai tujuh keluarga waris penumpang pesawat MH370 turut menerima pembayaran pendahuluan berjumlah AS$50 ribu, daripada MAS. 
 
www.astroawani.com

[ MASALAH BESAR ] PKR WAJIB JAWAB!!

JAWAB ISU CHEGU BARD, BETUL ATAU SALAH? ITU SAJA


APAKAH setiap orang yang pernah berjuang atau berkorban untuk parti menjamin orang itu tidak akan memusnahkan parti atau menjadi pembelot kepada parti?  Jika tidak benar begitu, mengapa perlu ada rasa sombong dan angkuh kononnya "aku banyak berkorban untuk parti"?

Siapa tidak tahu Ezam sesumpah, Zahid Md Arip, Roslan Kassim, Lokman Noor Adam, Zulkifli Noordin atau Zul Kulum dan ramai lagi, mereka banyak berkorban dan berjuang untuk parti.  Tetapi, ke mana akhirnya mereka?  Oleh kerana itu, bila ada yang menegur kita apatah lagi menuduh kita terlibat di dalam perkara yang merosakkan parti, kita wajib jawab dengan hujah dan fakta atau bersedia untuk disiasat oleh parti.  Bukan hanya dengan menjawab, "Aku telah lama berjuang di dalam parti, aku berbelas tahun menjadi mangsa fitnah...bla..bla..bla...." dan isunya masih tidak berjawab.

Di dalam pemilihan PKR baru-baru ini, Chegu Bard ada melaporkan satu kes berkaitan cerita kononnya ada wang dilemparkan kepada Malik Hussin, Timbalan Pengerusi JPP yang menguruskan pemilihan di dalam PKR.  Ramai yang tahu kisah ini, cumanya kita hanya perlu jawapan rengkas dari pihak atasan sana samada benar atau tidak laporan Chegu Bard itu?

Sehingga kini tiada jawapan.  Mungkin masih di dalam siasatan.  Tapi, sampai bila?  Apakah sampai pemilihan akan datang?  Jika tidak benar, katakan tidak benar.  Jika benar, katakan memang benar dan parti sedang siasat.  Susah benarkah mahu redakan isu ini?

Bukan mahu kata Chegu Bard betul kerana Chegu Bard juga tidak tahu betul atau tidak, sebab itu beliau lapor agar dapat dijawab isu berkenaan.  Peliknya, mengapa ada yang sudah melatah sampai ugut mahu saman Chegu Bard?  Mengapa ada yang sekadar menjawab, "Aku seorang pejuang reformasi berbelas tahun"?  Itu bukan isu.  Jika itu sebagai bukti anda betul, maka Ezam Sesumpah dan Zahid Md Arip juga boleh dianggap betul.

Jika kes yang dilaporkan oleh Chegu Bard ini terbukti tiada asas, jangan pula hukum Chegu Bard kerana beliau ingin tahu samada betul atau tidak kerana kes baling duit atas meja oleh Malik Hussin ini bukan cerita rahsia lagi.  Aku faham mengapa Chegu Bard sering mendesak parti agar menjawab isu ini kerana beliau ada pengalaman menghadapi suasana di mana kes dibekukan.

PKR masih terbaik berbanding Umno.  Tetapi tidak cukup setakat apa yang kita telah lakukan sekarang.  Kita masih perlukan keberanian untuk berdepan dengan sesiapa saja.  Hatta, jika ada yang menuduh Anwar mahu pun Azizah yang melakukan sesuatu yang tidak betul, kita juga mahu ianya disiasat dan beri jawapan atas tuduhan itu.  Jika perlu bertindak, parti wajib bertindak sekiranya cukup bukti.  Itu saja yang kita mahu.

Ahli-ahli PKR sekarang mahukan parti ini berganda-ganda lebih baik dari Umno.  Untuk menjadi parti yang lebih baik, kita perlu pimpinan dan ahli-ahli yang baik.  Biarlah kecuh seketika untuk pemilihan ini asalkan kita boleh tapis pimpinan untuk mencari yang terbaik.


 

PANAS!!! NAJIB TAK TAHU UNDANG-UNDANG KAH KAH KAH KAH KAH...

 

MP Kulai Teo Nie Ching berkata kerajaan tidak memahami sistem perundangan negara apabila berpendapat bahawa kes perebutan hak jagaan melibatkan pasangan berlainan agama boleh diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.

Teo mengingatkan bahawa Mahkamah Tinggi sudahpun membuat keputusan ke atas dua kes yang menjadi pertikaian, masing-masing melibatkan ibu bukan Islam, M Indira Gandhi dan S Deepa.

Oleh itu, perdana menteri dan menteri kabinetnya tidak boleh mengharapkan keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan kerana tiada rayuan dikemukakan ke atas kes berkenaan, katanya.

"Kita sudahpun ada keputusan mahkamah. Sesuatu keputusan mahkamah adalah muktamad dan mengikat, melainkan ia diketepikan oleh mahkamah lain yang lebih tinggi.

"Ia menjadi tanggungjawab polis untuk melaksanakan perintah melain perintah untuk mengepikannya diperolehi dan dibenarkan," katanya.

Mahkamah Tinggi di Ipoh dan Seremban masing-masing memutuskan anak terlibat, yang ditukar agama kepada Islam secara sepihak, berhak dijaga oleh pihak ibu.

Bekas suami masing-masing yang memeluk Islam, Ridzuan Abdullah dan Izwan Abdullah, masih belum memfailkan rayuan ke mahkamah tersebut.

Namun, polis juga masih belum bertindak untuk memastikan kanak-kanak terbabit dikembalikan kepada ibu masing-masing.



mk

Sabtu, Jun 14, 2014

[ PANAS!! ] Najib tak hormat Mahkamah Syariah

 

Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kes perebutan hak jagaan ke Mahkamah Persekutuan kerana salah seorang daripada ibu bapa bertukar agama, dilihat tidak menghormati bidang kuasa Mahkamah Syariah, kata NGO Angkatan Belia Islam Malaysia.

NGO Islam itu menegaskan saranan perdana menteri itu dianggap menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.

"Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam.

"Dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, NGO itu berkata cadangan Najib itu menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah seperti yang dijamin oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Najib dilapor meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka kerana percaya mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes itu.

Mengulas lanjut, NGO Islam itu menegaskan usaha perlu digembleng bagi "mengharmonikan" perbezaan amalan perundangan mahkmah sivil dan syariah perlu direalisasikan.

"Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

"Abim percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya mahkamah syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke mahkamah syariah untuk mendapatkan keadilan," katanya. 


mk

[ Hudud ] TG Nik Aziz tegur Dyana Sofya Mohd Daud

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.

sh

Jumaat, Jun 13, 2014

[ Hudud selangor ] PANAS!! UMNO SELANGOR HILANG TELORRR!!!!! KAH KAH KAH KAH KAH

 

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.

Yeoh berkata, tindakan Shamsudin yang menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan hari ini menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik semata-mata.

"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab resam untuk menegakkan integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.

"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.

Yeoh seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.

"Dewan undangan negeri adalah tempat yang betul untuk wakil rakyat bersuara bagi pihak yang diwakili mereka dan mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.

"Saya mengingatkan ADUN Sungai Air Tawar dan semua wakil rakyat, dari kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahguna Perintah Tetap untuk membentang usul bagi dibahaskan," katanya.

Usul untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor itu pada asalnya dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik.

Usul itu bagaimanapun ditarik balik oleh BN selepas ia diluluskan oleh speaker dewan untuk dibahaskan.

Shamsudin ketika ditanya menjelaskan ia bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul daripada usul berkenaan.


mk

[ Fokus ] Tolak politik ugut dan wang- Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR 12 Jun : Anggota KEADILAN digesa menolak amalan politik wang dan ugut kerana gaya politik begini hanya melemahkan parti yang mendukung agenda reformasi.

Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang percaya ahli-ahli KEADILAN adalah golongan yang bijak dalam membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin parti.

Saifuddin Nasution“Undi kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh amalan politik wang, politik ugut dan politik habuan. Amalan politik seumpama ini akan hanya melemahkan parti.

“Pemimpin yang menang melalui cara ini tidak akan mampu memimpin parti pada tahap yang dihormati oleh lawan dan kawan.

Jauh sekali daripada mendapat kepercayaan rakyat,” katanya yang sedang menyambung kursus pendek di London yang diikuti sejak Disember 2013 lalu.

Beliau juga anggota KEADILAN menolak mana-mana calon yang mengamalkan politik sedemikian.
Tegasnya, memelihara wibawa parti, membina kekuatan parti dan meneruskan cita-cita dan idealisma parti adalah jauh lebih penting daripada seseorang individu yang menang dengan cara amalan politik wang, ugut dan habuan.

Saifuddin dalam pada itu memaklumkan beliau masih lagi merupakan calon yang bertanding dalam pemilihan Timbalan Presiden dan menolak dakwaan yang beliau sudah menarik diri.

kd

Khamis, Jun 12, 2014

[ Hudud Selangor ] MENARIK!!! KENYATAAN YB DAP TERKINI!!

 

DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor.

“Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan (BN), juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor, adakah MCA beralih daripada kempen 'katakan tidak pada hudud PAS' kepada 'katakan tidak kepada hudud Umno' di Selangor?

“Adakan MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu?” soal anggota Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Dalam kenyataannya hari ini, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya lagi, MCA terus mengelak mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, malah membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan-pusat.


mk

[ Hudud Selangor ] BARISAN NASIONAL BERCELARU SEKARANG KAH KAH KAH KAH!!!

 

MCA dan Gerakan menggesa seorang ADUN Umno supaya menarik balik cadangan untuk membentangkan usul berhubung hukum hudud apabila persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor disambung pada 16 Jun.
  
Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata beliau kesal dengan tindakan ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.
  
"Ketika wakil rakyat dari Umno itu bercadang untuk membentangkan usul itu, beliau tidak ragu-ragu lagi masuk perangkap yang dipasang oleh Pakatan, terutama PAS," kata beliau dalam kenyataan.
  
Chew percaya Selangor tidak memerlukan sebarang bentuk pelaksanaan hukum hudud atau pun menjadi tajuk perbahasan pada mana-mana persidangan DUN.
  
Beliau berkata negara mempunyai undang-undang jenayah dan Kanun Keseksaan yang komprehensif dan mempunyai dua set undang-undang akan menimbulkan kekeliruan dan konflik.

"Politik ialah mengenai menangani urusan semua orang. Pelaksanaan sebarang dasar hendaklah diukur dari sudut pandangan nasional," katanya.
  
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul itu.
  
"Gerakan Selangor membantah cadangan itu kerana hudud bercanggah dengan perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau juga menggesa pemimpin DAP dan PKR di Selangor menyatakan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan.  


Sementara itu, Kamarol Zaki ketika dihubungi Bernama berkata beliau bercadang untuk membentangkan usul hudud tetapi terserah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh sama ada untuk menerima atau menolak usul
itu untuk perbahasan.


mk

Rabu, Jun 11, 2014

[ Terkini!! ] Anwar Ibrahim menempelak PDRM

KUALA LUMPUR 10 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak polis kerana masih gagal mengambil tindakan tegas terhadap segerombolan samseng Umno yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan beberapa insiden serangan yang lain.

Ketua Umum KEADILAN itu mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mahu bertegas terhadap tingkah laku itu yang sebelum ini turut dilabel pihak kerajaan sebagai ‘kurang ajar’.

Anwar lagi“Kita persoal bidang kuasa menteri dan jaminan itu kerana serangan segerombolan tertentu ini belum ada tindakan tegas daripada kerajaan.

“Saya ambil contoh umpamanya Ketua Polis Negara pada 23 Mei lalu memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang yang menceroboh DUN Pulau Pinang atas alasan demi kepentingan Melayu dan mempertahankan maruah Islam.
“Tetapi setelah Peguam Negara memberi jaminan begitu, tindakan itu tidak menampakkan apa-apa kesungguhan. Menceroboh DUN sepertimana menceroboh Parlimen, sedikit pun Speaker tidak mengambil tindakan tegas, sedangkan undang-undang harus dipatuhi tanpa mengira parti,” kata Anwar bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri KDN di Dewan Rakyat, semalam.

Sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, insiden seumpama itu perlu dihentikan kerana dibimbangi aksi pihak terbabit yang dibiarkan itu akan berulang.

“Saya harap KDN jangan berlengah dalam hal ini. Ini juga berkaitan tindakan membaling molotov koktail kepada beberapa gereja termasuk di Lebuh Fakuha, Pulau Pinang dan yang terakhir serangan terhadap Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur dan Kuantan baru-baru ini.

“Kita dengar jaminan Timbalan Menteri di dalam Parlimen bahawa ada peruntukan undang-undang, dan ada suara di sebelah sana yang menyatakan ada sikap kurang ajar (terhadap pencerobohan itu), sekarang jawablah?

“Soalnya, saya telah tegaskan bahawa kita tunggu tindakan, tapi tiada tindakan tegas, kenapa ini berlaku?” kata Anwar.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Santubung, Datuk Dr Wan Junaidi menjawab: penentuan tindakan yang diambil adalah di bawah bidang kuasa mutlak Speaker dan mengikut peraturan Dewan itu sendiri.

kd

[ Hudud Selangor ] Ini Jawapan Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi dari PAS.

Sallehen Mukhyi

PERANCANGAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

“15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

 “Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana,” katanya.

Menurut Sallehen,  bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

 “Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

“Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih  dahulu,” katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan.

sh

[ Terbaik!! ] Usul hudud Selangor mungkin diterima untuk bahas kata Speaker Selangor Hannah Yeoh

 

Speaker Selangor Hannah Yeoh masih mempertimbangkan usul anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bagi meihat kebarangkalian melaksanakan hudud di negeri itu.

Beliau menegaskan keputusan akhir masih belum dibuat.

“Saya masih mempertimbangkan tetapi mungkin tidak menolaknya kerana ia hanya untuk mendesak kerajaan negeri mengkaji kemungkinan hudud di Selangor,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Yeoh berkata, menurut Arahan Tetap 27(5), speaker diberikan kuasa untuk menolak atau membenarkan mana-mana usul.

Anggota DUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan sebagai memberitahu usul itu diserahkan minggu lalu.


mk 

Admin : Jangan Jadi macam Speaker BARISAN NASIONAL  ok...

[ MB Selangor ] 50% kelas pertengahan disasar pendapatan RM4,000 sebulan

SHAH ALAM, 9 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembangunan di Selangor adalah sesuatu yang digalakkan, namun mengingatkan ia mestilah tidak menindas rakyat di negeri itu.
Beliau berkata pembangunan di sesebuah negeri tidak akan berjaya sekiranya pendapatan per kapita rakyat tidak dinaikkan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga.

MBKatanya terdapat jurang yang sangat besar berhubung pendapatan per kapita keluarga di negeri ini di mana hampir 70 peratus daripada mereka memiliki pendapatan kurang RM4,000 sebulan.

“Kita juga mesti rancang supaya pendapatan isi rumah dapat dinaikkan supaya tiada keluarga yang mempunyai pendpatan terlalu rendah.

“Kalau Selangor nak maju, maka pendapatan rakyat juga mesti ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai harta pembangunan di negeri ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata Selangor akan diangkat menjadi negeri perbandaran pada tahun 2035 dan bakal menyaksikan lebih 60 peratus penduduk tertumpu di kawasan bandar.

Beliau berkata perbandaran adalah fenomena atau keadaan biasa dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara yang membabitkan banyak aspek antaranya infrastruktur dan prasarana.
“Sasaran kita adalah untuk membangunkan negeri Selangor dan mengurangkan jurang pendapatan keluarga supaya pendapatan mereka lebih tinggi.

“Kita sasarkan lebih 50 peratus keluarga golongan pertengahan akan memperolehi pendapatan melebihi RM4,000 sebulan sebagai usaha memperhebatkan pembangunan,” katanya lagi.

sk

Selasa, Jun 10, 2014

[ Nasihat DSAI ] Jabatan Agama perlu bijak tangani isu agama

KUALA LUMPUR 10 JUN: Jabatan Agama perlu bijaksana dan sensitif terhadap sesuatu isu keagamaan supaya ia dapat diselesaikan tanpa menyinggung mana-mana kaum di negara ini.
Tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu perlu ekoran pendekatan yang diambil oleh beberapa Jabatan Agama Negeri dalam menangani isu berkaitan adalah kurang wajar dan memuaskan.

Anwar“Perlu kaedah yang bijaksana dalam menangani soal agama tanpa mengira agama sekalipun.
“Perlu jaga sensitiviti agama dan jika ada bukti yang jelas, kaedah rundingan harus dilaksanakan,” katanya pada kenyataan.

Beliau merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dikecam kerana menghentikan satu majlis perkahwinan agama mengikut adat Hindu dan menahan pengantin perempuan didakwa penganut Islam, di Petaling Jaya 1 Jun lalu.

Kejadian serupa turut berlaku di Pulau Pinang semalam apabila pasukan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) menghentikan upacara pengebumian seorang wanita Cina dan membawa mayat berkenaan untuk disimpan di sebuah bilik mayat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hal seumpama itu memberi isyarat bahaya kepada semua masyarakat berbilang agama.

Kata beliau, bukti perlu dikemuka terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil kerana tindakan kurang bijak bakal mencerminkan keangkuhan kuasa semata-mata.

“Saya syorkan segala perbincangan dengan adab dan sopan dilaksanakan supaya kata sepakat dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, insiden yang berlaku di negeri itu merupakan satu perkara yang tidak menghormati upacara keagamaan.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, tindakan ini jelas tidak menghiraukan perasaan keluarga mangsa dan tidak menghormati hak-hak orang bukan Islam seperti ia tidak pernah wujud.
“Insiden seumpama ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan kita perlu untuk menghormati agama lain,” kata Guan Eng.

kd

[ Kerajaan Takut!! ] Dewan Rakyat tolak usul bahas kerugian MAS

 Mas (Malaysia Airlines)

KUALA LUMPUR - Usul tergempar untuk membahaskan kerugian dialami oleh Malaysia Airlines (MAS) pada tahun lepas, berjumlah RM1.2 bilion ditolak oleh Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed berkata usul itu tidak memenuhi keperluan bagi usul tergempar seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1).

"Kerajaan sudah mengambil tindakan untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat penerbangan itu dan jalan penyelesaian sudah diambil. Oleh kerana ia sedang disiasat, ia bukan perkara perlu disegerakan," katanya.

Usul itu dikemukakan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut), tetapi ditolak kerana ia tidak spesifik, tidak perlu disegerakan dan tidak mempunyai kepentingan awam.

Dalam usul dikemukakan pada 6 Jun, Lim memohon Dewan Rakyat membahaskan kerugian dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan itu yang merekodkan kerugian bersih RM433.4 juta pada suku pertama 2014.

Lim berkata MAS merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-yurut. "Pengurusan MAS kelihatan lemah dan tidak lagi berdaya saing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain, terutamanya selepas kehilangan MH370," katanya.

Beliau juga meminta diberikan penjelasan tentang kerugian itu dan bertanya jika kerajaan patut mengisytiharkan kebangkrapan untuk mengelakkan kerugian lebih besar yang akan membebankan pembayar cukai.

sh

Isnin, Jun 09, 2014

Penipuan Najib/Rosmah terbongkar lagi kah??

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjanjikan skim pinjaman mudah RM100 juta dalam Belanjawan 2014 tetapi wangnya masih tidak kelihatan, dakwa seorang anggota Parlimen DAP.

Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) berkata, beliau cuba mencari skim untuk untuk kawasan parlimennya tetapi dimaklumkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bahawa ia masih belum dilancarkan.

“Sejak belanjawan itu diluluskan di parlimen pada Disember tahun lalu, hingga hari ini, dana itu masih belum bermula.

“Saya tanya BSN berhubung permohonan skim itu tetapi mereka kata tidak menerima sebarang peruntukan untuk memulakan skim itu,” kata Khoo kepada Malaysiakini.

Dalam Belanjawan 2014, Najib berkata, bagi membantu peniaga pasar malam, kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta bawah kendalian BSN.

Katanya, skim pinjaman mudah itu akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga RM30,000.

Kemudahan itu, menurutnya lagi, bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.


mk

[ Isu MH370 ] Info Terkini dari Bekas Laksamana Negara.

KUALA LUMPUR 6 JUN : Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.

Imran Abd HamidTambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.

“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.

Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.

Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu “berakhir di Lautan Hindi”.
Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.

Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.

Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.
ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.

Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.

“Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?,” soalnya.

kd

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive