Ahmad Sayuti Bashiron
Dato'
 Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 
minggu lepas, pada perenggan ke-6,"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR 
dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar
 dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"
Tulisan
 TGHA tersebut tertera sebaik PM Najib Razak memberikan ucapan mengajak 
PAS & UMNO bersama berjuang "melewati ideologi" (atau fikrah) 
politik, demi untuk Islam dan Melayu. Seblum itu, TG melalui setpolnya 
mengarahkan tiada sesiapa pun dibenarkan memberikan response balas pada 
ucapan pelawaan Najib tersebut, melainkan daripada TG sahaja.
Tuan Guru yg dihormati,
Saya
 tidak berminat utk berikan response pada tulisan TG tersebut, 
terpulanglah pada apa pun ijtihad politik TG untuk bersama, berpeluk, 
perpentas, bermultaqa dan berpaduan bersama UMNO, Najib atau Rosmah, 
etc. TG sbg Presiden PAS lakukanlah apa sahaja yg dimahukan oleh Najib 
jika ianya menyakinkan TG, kerana saya kini, ijtihad siyasi saya 
ternyata telah berbeza dengan pendirian TG masa ini. Kita berlapang di 
situ.
Namun Tuan Guru,
Saya
 terpaksa coretkan rasa amat sedih, terkilan, terkejut, pada perenggan 
akhir tulisan TG tersebut yg benar-benar cuba memberikan persepsi sangat
 salah, mis-leading, atau lebih tepat "berbohong" dalam penulisan 
tersebut. Saya mohon maaf atas luahan saya ini TG.
Tindakan
 TG cukup berani melakar di ruang maya, menjadi tatapan satu negara, 
satu dunia, bahawa tindakan PAS putuskan hubungan dgn DAP itu adalah 
kononnya "keputusan syura tertinggi PAS", ie Muktamar 2015 pada 4-6 Jun 
2015 lalu. Walhal TG sendiri tahu apa kebenarannya..!
Izinkan saya merujuk semula tulisan saya beberapa hari selepas Muktamar lepas, sbg kronologi kejadian;
[1]
 Sejak 2008 hinggalah 4/6/2015 (ie. hari pertama muktamar), ratusan kali
 TG nyatakan bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu 
cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak 
pernah PAS kecapi sejak dahulu. TG berkata, PAS dan PKR/DAP diikat atas 
begitu banyak persamaan yg mahu dicapai dlm sistem demokrasi 
berpelembagaan di M'sia.
Bahkan
 TG menulis, yg membezakan approaches (mutaghayyirat) perjuangan PAS dan
 DAP hanyalah 5% sahaja, sedangkan 95% lagi adalah persamaan dlm 
perjuangan. Atas dasar itulah ketiga parti bekerjasama, walau Islam 
tidak diletakkan sbg matlamat ketiganya.
Itulah
 kenyataan TG sendiri sejak sekian lama. Bukan kenyataan ahli2 atau 
pimpinan bawahan. Itulah ijitihad PAS selama ini, pasca PRU12, 2008.
TG
 pasti ingat, setiap kali saya bertemu TG sama ada dalam permusafiran, 
jaulah, daurah, atau program dalaman, saya pasti memanfaatkan masa itu 
utk bertanyakan sebanyak mungkin kemusykilan dan ilmu2 politik Islam 
dari TG secara semuka. Dan TG tak lekang bibir menerangkan pelbagai 
teory perjuangan dan permasalahan dunia Islam yg menguatkan keyakinan 
dan menjelaskan jalan dakwah buat saya.
Saya cukup bersyukur mendapat semua butiran mutiara itu.
Bahkan
 ilmu itu jugalah yg saya perturunkan pada setiap anak-anak usrah dan 
mad'u dalam siri tarbiyyah untuk fahamkan mereka apa sebenarnya yg 
diperjuangan oleh PAS dlm politik dakwah acuan demokrasi tersebut.
TG
 sendiri pasti ingat, apabila saya mengadu pada TG bahawa saya kerap 
"diserang teruk" hanya kerana mempertahankan pendirian2 dan keputusan 
tahaaluf siyasi yg TG dan PAS lakukan, khasnya dari puak2 yg menuduh TG 
sbg sesat, lari dari landasan Islam, boneka DAP, khasnya dari Ikatan 
Muslimin Malaysia (ISMA), Hasan Ali, Ustaz Nasha, Perkasa, dan puluhan 
lain sekutu mereka.
Pesanan
 TG pada saya dlm satu jaulah musim sejuk, bersabarlah! Allah bakal 
ganjari amal yg enta lakukan, bahkan meminta saya terus melaksanakan 
peranan itu dgn tegas.
Tuan Guru yg dihormati,
[2]
 Kali terakhir sejak 7 tahun lepas, TG mengulangi kenyataan itu pada 
hari pertama Muktamar di Kuala Selangor, di mana TG meminta semua 
perwakilan, ahli, pimpinan, dan rakyat utk sama bangkit mempertahankan 
tahaaluf PAS dan PKR/DAP, atas puluhan manfaat yg menguntungkan Islam. 
Itulah Ucaputama Muktamar yg TG sendiri bacakan pagi itu. Laungan takbir
 mengirinya.
[3]
 Sebaik selesai ucaputama, TGHA dan seluruh perwakilan sama2 mengundi. 
Dan sudah pasti TG juga cukup maklum bahawa nama TG sendiri secara 
rasminya ditabalkan dalam "senarai chai" calon2 yg wajib dipilih oleh 
perwakilan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat memaparkan senarai itu dlm 
halaman rasmi party, termasuk juga perwakilan dibekalkan "kertas chai" 
utk memudahkan perwakilan memilih nama-nama yg sudah mendapat restu 
"ulamak" tersebut.
[4]
 Malam hari pertama itu juga, pasti TG sudah mendapat maklum, bahawa 
semua nama dlm pilihan chai tersebut telah menang total, dan semua nama2
 yg dianggap perosak dan pemusnah PAS (ie: dikatakan berselindung spt 
bongkah ais) oleh menantu TG sendiri, telah kalah semuanya, yg membawa 
erti semua susuk perosak tersebut bakal tiada lagi di keliling TG dan di
 dalam mesyuarat PAS.
[5]
 Dan saya yakin, TG masih ingat jelas pada esoknya, 5/6/2015 iaitu hari 
kedua muktamar, TG turun dari pentas bersama seorg chai yg baru menang, 
dan TG arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan 
"muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk 
"putuskan hubungan dgn DAP" itu.
Tuan Guru yg dihormati,
[6]
 Saya yakin, TG cukup faham, seperti ucaputama TG sendiri bahawa 
Muktamar adalah badan syura tertinggi dlm PAS melangkau semua keputusan2
 lain dlm parti. Dan sejak Muktamar 2008 telah membuat satu keputusan yg
 sgt tegas, ie, wajib kekalkan tahaaluf siyasi sebab keuntungan dakwah 
untuk PAS yg begitu banyak. TG faham, dalam muktamar itu adanya segala 
macam bijak pandai dan cendekiawan agama, termasuklah ulamak dan Majlis 
Syura Ulamak, JK PAS Pusat, Dewan-dewan, dan juga hampir 2000 perwakilan
 yg merupakan pembuat keputusan utk parti. Mereka hadir dgn amanah ahli 
utk membuat keputusan, bukan dicucuk hidung atau dipaksa berdiam diri.
[7]
 Bahkan TG cukup tahu, usul Dewan Ulamak seperti yg disebut oleh Dr 
Mahfuz Ketua Dewan Ulamak sendiri, memang diangkat sbg "usul tergempar" 
di saat akhir dengan satu sahaja tujuan mereka, iaitu utk usul itu 
diperbahaskan oleh perwakilan, sebelum apa-apa keputusan terima atau 
tolak dibuat.
[8]
 Bahkan TG sendiri tahu, hasil tindakan veto TG itulah, kesemua kertas 
usul terpaksa dicetak semula utk dibaca perwakilan, dan TG pasti tidak 
lupa betapa kali pertama dalam sejarah sungguh berkocaknya muktamar 
hasil dari tindakan veto tanpa hujjah TG memaksa perwakilan terima usul 
untuk "putuskan dengan DAP" tersebut, antaranya tindakan...;
(a)
 Pandangan perwakilan Negeri Sembilan, anak kepada mantan Presiden PAS 
yg juga merupakan Peguam PAS menegur tindakan salahguna kuasa TG 
membelakangkan muktamar itu sbg kesalahan dan dosa besar, sebab ia 
bertentangan dgn perlembagaan party sendiri. Faktanya, TG sbg Presiden 
tidak pernah memiliki hak sedemikian spt tertakluk di dalam 
perlembagaan.
(b)
 Kedua, pandangan perwakilan Kota Raja cukup jelas bahawa TG tiada hak 
untuk menjadi diktator memaksa perwakilan PAS wajib membabi-buta taat 
sahaja pada arahan tersebut, walau pun TG bercakap sbg ulamak besar 
sekalipun. Perwakilan itu mengingatkan bahawa setiap tindakan mestilah 
disandarkan hujjah, dan hujjah tersebut mestilah dikemukakan utk 
kefahaman. Perwakilan tersebut memberi peringatan bahawa tanggungjawab 
Presiden adalah utk membuat keputusan secara bersama (syura), bukannya 
veto, bukan diktator, dgn memaksa "putuskan hubungan dgn DAP" oleh satu 
kepala sahaja utk sehingga menolak keputusan 7 kali muktamar sejak 2008 
lagi.
(c)
 Bahkan TG mesti ingat, org kuat dan org kanan TG sendiri, seorg Adun 
dari Marang yg berkali-kali bangkit membantah keras tindakan TG tersebut
 sbg merosakkan jamaah dan mengundang FITNAH yg begitu besar pada PAS 
dan PR dan diri TG sendiri. Perwakilan itu menyebut, sememangnya 
keputusan spt arahan TG itulah sgt diidamkan oleh UMNO sejak sekian 
lama. Segala teriakan, amaran dan marah Adun dari Marang tersebut 
diabaikan sahaja oleh TG.
(d)
 Bahkan TG mesti ingat perwakilan Sabah dan perwakilan2 lain pakat 
bangun nyatakan PAS pasti menuju kehancuran tatkala elemen salah guna 
veto dibenarkan dilakukan oleh Presiden tanpa mahu ikut keputusan syura 
muktamar yg tertinggi. Hingga pagi ketiga itu, dewan gamat dgn teriakan 
dan herdikan marahnya mereka pada TG atas salah guna kuasa tersebut.
(e)
 Dan yg paling jelas, TIDAK ADA seorang pun dari kalangan perwakilan yg 
bangkit "bersetuju" dgn "usul diterima tanpa bahas" tersebut. Itulah 
FAKTA nya!
Ya,
 itu semua adalah apa yg berlaku dlm dewan muktamar yg cuba TG kiaskan 
sebaliknya. Ramai yg tidak tahu kejadian di dalam dewan itu, pasti akan 
denganmudah sekali terpedaya apabila membaca tulisan TG bahawa keputusan
 putus dgn DAP itu adalah keputusan muktamar PAS! Allahu...
[8]
 Dan ya, selesai segala insiden itu, TG sendiri perhatikan satu persatu 
pimpinan utama, atau bekas pimpinan, lama dan baru bersama alirkan 
airmata kekecewaan atas salah guna veto yg dilakukan oleh TG tersebut. 
Semua pulang dengan mulut terdiam dan tiada jawapan di bawa pulang. 
Sejarah dilakarkan dengan begitu 'aib sekali oleh TG Presiden PAS pada 
Muktamar 2015 itu, dihadapan ratusan pihak media dan pemerhati dalam dan
 luar.
Sejarah yg memalukan itu termaktub dalam semua media, antaranya menulis;
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-arah-lulus-usul-dengan-dap-kata-mahfuz
[9]
 Dan dengan segala kerosakan yg TG mulakan itu, maka jadilah PAS seperti
 hari ini, jadilah PAS dengan penuh hormat memasuki perangkap UMNO, dan 
robohlah PR dgn raikanlah kegembiraan itu oleh UMNO yg begitu longlai 
pada masa ini.
Tindakan
 TG itulah satu-satunya kejayaan utama UMNO yg diperjuangkan sejak 2008 
hingga hari ini. Maka sebaik muktamar itu, bersahutanlah ucapan tahniah 
dari UMNO dan NGO asobiyyah Melayu tajaan UMNO atas kejayaan Presiden 
PAS sendriri meruntuhkan satu uasaha tahaaluf yg dimulakan sungguh oleh 
Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Al-Marhum TG Nik Aziz sejak sekian lama.
Tuan Guru yg dihormati,
[10]
 Kami memohon maaf kerana itulah yg bakal generasi kami dan generasi 
selepas ini akan kenangkan kemusnahan dakwah yg TG lakukan pada 
perjuangan Islam ini, sebagai mengendalakan perjuangan meruntuh sistem 
zalim yg diasaskan sejak sekian lama oleh UMNO. Kami tiada hujjah yg 
mampu untuk dibentangkan pada generasi akan datang, apakah alasan setiap
 tindakan veto TG itu.
[11]
 Dan tulisan TG minggu lepas itu, jelas TG cuba selewengkan fakta dengan
 memberikan alasan kononnya tindakan itu adalah "keputusan muktamar". 
Maaf TG, Nabi memberikan amaran sgt pedih pada ummatnya yg berbohong dan
 menfitnah dalam keadaan dia sedar kesan dari perbuatannya itu.
Tuan Guru yg dihormati,
[12]
 Akhirnya TG mesti segar ingatan, genap sebulan selepas muktamar itu, 
apabila masih tiada keputusan dibuat, saya bangun di hadapan TG bertanya
 secara langsung pada TG, apakah "thawabit perjuangan" atau prinsip 
Islam yg telah terpaksa digadaikan oleh PAS yg berkali-kali TG sebut 
sebagai punca PAS terpaksa putuskan dengan DAP tersebut.
[13]
 Ratusan perwakilan dalam Dewan Utama UniSel itu menjadi sakasi, bahawa 
TG "langsung tidak menjawab" sedikit pun soalan ringkas saya dan 
beberapa soalan oleh hadirin lain yg bertanya tentang isu yg sama.
[14]
 Bahkan bila ditanya lagi, apakah jalan keluar dari segala permasalahan 
perpecahan PR tersebut, TG sekali lagi gagal memberikan apa-apa jawapan,
 selain menyebut "apa yg akan berlaku pada PAS dan PR semuanya ada dalam
 perancangan Allah, dan Allah sahaj yg tahu", tanpa adanya jalan 
perancangan keluar dari kerosakan yg TG sendiri mulakan itu.
[15]
 Namun sebaliknya, TG mungkin gembira atau redhoi pula sebahagian besar 
hadirin Pemuda PAS dan Ulamak PAS yg bersemangat laungkan sorakan pada 
saya, memaki-hamun saya di hadapan ratusan hadiran, bahkan TG membiarkan
 sahaja ustaz-ustaz itu meminta TG pecat segera saya dari parti hanya 
atas pertanyaan ringkas dan cukup berhemah tersebut.
Tuan Guru yg dihormati,
[16]
 Hingga hari ini, TG masih belum pernah memberikan apa2 pun jawapan dari
 perlaksaan veto TG pada 5/6/2015 tersebut. Namun TG hanya bercakap soal
 berkaitan wajibnya walak, taat, kesatuan ummah, dan sebagainya yg 
meruntun ahli ikut tanpa faham. TG hanya mahukan pidato TG didengari, 
diulangi, dipatuhi, tetapi TG sendiri gagal membentangkan hujjah dan 
patuh pada keputusan syura parti PAS yg TG pimpin sendiri.
Maaf
 TG. Saya terpaksa menulis, dan berbeda pandanagn dari majority pengikut
 ta'asub TG itu, dan saya doakan Allah bukakan "jalan keluar yg benar" 
buat TG perbetulkan semula amanah ummah yg begitu besar itu.
W'alam
Ahmad Sayuti Bashiron
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Kalau ahli biasa berbohong dan berdusta di label dengan macam2... Kalau Tuang Hadi berbohong dan berdusta tak kan label "MUNAFIK" aje. Sebab onar dalam PAS, TG yang memulakan...Jika Najib di panggil TERBANGSAT...TG pula.????
BalasPadamTak sangka serban 5 kilo kaki pembohong, patutlah dia berbaik dengan bapa penyamun, 1 kapal!
BalasPadamklu pas komited dgn perpaduan melayu dan hj hadi rasa pada umno dah tak jahat lagi dan boleh berubah,aku rasa lebih baik dan seribu kali lebih baik,parti pas ini di bubarkan aje dan seluruh ahli pas masuk umno,maka dgn ini melayu akan jadi kuat,sungguh2 kuat dan aku aku amat2 yakin dan percaya ....bahawa tidak ada satu bangsa pun dlm dunia ini yg yg berani mencabar KETUANAN MELAYU....ITU PASTI
BalasPadamHAAAAHAAAA ambik kau,sungguh melayu kuat,takkan melayu hilang di dunia
Padam