Satu poster disebarkan di internet mendakwa Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak menyokong kenyataan seorang pemimpin DAP negeri itu berhubung sekatan terhadap atlet Israel baru-baru ini.
Poster
tersebut berbunyi "Amanah Bersama DAP Perak Menyokong Kehadiran Atlet
Luncur Israel" beserta gambar Pengerusi AMANAH negeri, Asmuni Ani dan
logo parti itu.
Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata pihaknya kecewa dengan sebaran poster tersebut dan mendakwa ia mencemar nama baik AMANAH serta reputasi Asmuni sendiri.
Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata pihaknya kecewa dengan sebaran poster tersebut dan mendakwa ia mencemar nama baik AMANAH serta reputasi Asmuni sendiri.
"Kenyataan kononnya kami menyokong keterlibatan Israel
adalah satu tindakan yang melampau serta mempunyai agenda memburukkan
imej parti yang baru bertapak ini.
"Kami sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan
tindakan undang-undang sekiranya individu serta pihak yang menyebarkan
poster palsu itu tidak memohon maaf serta menarik balik muatnaik
tersebut," katanya pada kenyataan media.
Salman mendakwa, poster fitnah itu turut dikongsi laman Facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia hingga mendorong lebih ramai lagi mempercayainya.
Beliau menegaskan AMANAH Perak menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenakan sekatan terhadap atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.
Salman mendakwa, poster fitnah itu turut dikongsi laman Facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia hingga mendorong lebih ramai lagi mempercayainya.
Beliau menegaskan AMANAH Perak menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenakan sekatan terhadap atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.
"Kami secara tegas sangat kecewa kenyataan Ketua Biro
pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan
Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi
dalam acara sukan antarabangsa itu.
"Amanah Perak menasihatkan agar pimpinan DAP khususnya di
negeri Perak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan
lebih-lebih lagi dalam hal sensitiviti agama," katanya.
Dalam pada itu, Salman berkata AMANAH Perak menyambut
baik penegasan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bahawa kenyataan itu
tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu.
"DAP Perak juga berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin."Namun, kami tetap akan meminta DAP Perak memberikan penjelasan kepada kami di dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang,"katanya.
mk
Disyorkan buat saman malu kerana menjejaskan reputasi diri dan organisasi.
BalasPadamBenarkah pan ini parti islam? Islam hadari atau Islam liberal? Tolak hudud dibentang di parlimen parti islam ikut mana plak? Ikut DAP ada lah..jika xkalah dlm pemiliham tentu pan xwujud..pan teraasar dari perjuangan islam..seharusnya berpaut pd ulamak bukan pd taghut.
BalasPadamAdakah Islam sesebuah parti tu terletak pada serban dan kopiah? Islam tu adalah amalan iaitu perlakuan, kata2 dan niat tapi bila dah mula gemar buat fitnah, caci maki, label melabel serta selalu berbohong, itu bukannya Islam walaupun 24 jam pakai serban, berkopiah dan mulut penuh dengan perkataan2 arab. Umat Islam memang mesti berpaut kepada ulamak tetapi bila ulamak tu yang mula berpaut pada toghut, adakah rakyat wajib juga berpaut pada ulamak yang dah bergelumang dengan toghut2 tu?
PadamAdakah hukum menolak ulamak2 yang sudah bersekongkol dengan toghut "SAH tapi berdosa"? Atau hukumnya mesti dihapuskan sebab tak taat kat ulamak (tapi tak khianat kepada Allah dan Rasul)? Atau perlu bawak dua saksi yang bersumpah (seperti mana yang disarankan oleh Tuang Presideng kamu bahawa mereka nampak duit 2.6 billion tu Najib bawak dalam guni pi masuk bank)? Atau wajib percaya kat Tuan murshidul/ulamak sebab "mustahil" najib bawak masuk duit haram kedalam akaun peribadinya sendiri?
Agak2nya pihak mana yang rakyat percaya dan pihak mana yang rakyat tengok sudah mula bengkok dan sudah masuk "suku' dengan si penyamun2? A) Parti Amanah? B) Parti penjual Pil Kuda yang tak dinamakan? C) Parti Keadilan tolak hudud? D) Parti Cina yang makan babi tapi benci kepada rasuah dan perkauman? Rasa2nya berapa ramai yang yang cakap parti B) tu yang dah bengkok dan sudah mula nak terjun gaung? Nak tau? Pi lah jumpa rakyat kat bawah nu dan tanya mereka sendiri. Bukan pi jumpa Ustaz2 tu dan tanya malam tadi ada tak mimpi jumpa sahabat nabi!
Nick.
Cape Tiger.
Takkan A) kut.. Baru2 ni aku tgk demonstrasi kat tol Sg besi pun bilangan peserta sama ramai dgn bilangan pemberita..
BalasPadam