Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 01, 2015

PANAS!! : PARTI PKR PUN BERMASAALAH...PENING...

PKR Sepang minta ROS siasat kesahihan perwakilan

PUTRAJAYA - Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat kesahihan 10 ahli yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir semalam.

Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lepas berikutan masalah pembentangan laporan kewangan.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan kewangan tersebut setelah bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.

Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau mendakwa  telah diusir keluar oleh beberapa anggota jawatankuasa PKR Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat, katanya selepas menghantar memorandum kepada ROS, di sini hari ini.

Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga adalah tidak sah.

sh
 
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

2 ulasan:

  1. PKR pun dah kena penyakit PAS. Dalam PAS, semasa TGNA masih ada, depa semua jadi sleeper sebab takut dgn TGNA. Bila TGNA dah xde, mereka muncul full force. Semua depa langgaq bagi rosak.

    Begitu juga dalam PKR. Masa Anwar kat luar, semua sorok kuku. Bila Anwar masuk kedalam, depa buka kuku depa dan menganas.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .. seteruk2 penyakit pkr pun masih belum sampai langgar sumpah baiah dan harta wakaf..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...