Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 04, 2015

PANAS!!! : NAJIB RAZAK DALAM KETAKUTAN...

IKLAN PENAJA
 
klik link dibawah:

Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.

Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama.

“Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas.

“Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya,” kata beliau dalam blognya.

Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri.

Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu.

Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut.

“Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti,” katanya.

Kadir mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.

Najib lemah

Setelah dihalang daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai ‘tunggul’ yang duduk di atas pentas.

Bagi Kadir, semua itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan ahli-ahli parti.

Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

“Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti,” katanya.

Menurut Kadir, perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah lemah.

“Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer instinct).

“Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.

“Dalam keadaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah,” katanya.

Oleh itu, Kadir berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

Wartawan veteran itu berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.

“Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir.

“Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh.

Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya.
mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...