Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 04, 2015

PANAS!!! : SOALAN MAUT UNTUK NAJIB...DARI ORANG UMNO..

IKLAN PENAJA.
http://teautonetwork.com/1444 
klik link bawah ini

SHAH ALAM - Seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa penderma yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, tegas bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan.

Sehubungan itu katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudahpun ke Pejabat Perdana Menteri bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu menjalankan siasatannya dengan telus.

"SPRM perlu maklumkan secara telus dan demi mengelakkan daripada wujudnya persepsi negatif di kalangan akar umbi.

Khairuddin Abu Hassan "SPRM juga mesti menunjukkan secara telus bagaimana wang derma ini dibelanjakan secara terperinci seterusnya ke mana pergi wang baki tersebut?" tulis Khairuddin di laman sosial Facebook miliknya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tak tampil jawab isu RM2.6b: Najib kalah besar ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Zahid tolong Najib jawab isu derma RM2.6 bilion ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM2.6b: Azalina jawab kenapa Najib tak muncul ]

SPRM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan, pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu diadakan berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Selain menggesa supaya siasatan yang adil serta komprehensif dijalankan oleh suruhanjaya itu, Khairuddin juga berharap tiada campur tangan oleh mana-mana pihak dalam siasatan itu.

"Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT untuk memberi kekuatan serta sifat amanah kepada keseluruhan para pegawai SPRM yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menyiasat kes wang derma RM2.6 billion yang telah menjadi polemik di tanah air kita sekian lama," tulisnya.

Semalam, isu dana RM2.6 bilion kembali menjadi topik hangat apabila Najib sendiri tidak tampil untuk menjelaskan mengenai dana politik itu atas nasihat Peguam Negara.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...