Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 13, 2015

BERITA NEGERI SELANGOR : CUTI PERISTIWA ISNIN INI

Impian 33 Selangor tertunai

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di negeri berkenaan susulan kejayaan pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

Ketika membuat pengumuman itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerajaan negeri di atas kejayaan skuad kendalian Mehmet Durakovic menamatkan penantian selama 10 tahun sejak kali terakhir mereka menjulang Piala Malaysia pada 2005 menerusi kemenangan 3-0 ke atas Perlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Beliau berkata, keputusan berhubung pemberian cuti peristiwa itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selain turut merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Selangor muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-33 setelah menundukkan juara Liga Perdana, Kedah 2-0 hasil jaringan penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ketiga dan minit ke-47 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

 IKLAN PENAJA :
BERITA BAIK!! : Pengguna Telco Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya BOLEH menyertai TEAUTONETWORK.COM

"Kita melahirkan perasaan amat gembira dengan kejayaan yang amat dinantikan selama 10 tahun dan akhirnya misi 33 berjaya dicapai dengan cukup bergaya pada malam ini.

"Saya berharap prestasi seperti ini akan terus dipertahankan di masa akan datang," kata Mohamed Azmin pada sidang media sejurus berakhirnya perlawanan berkenaan.

Pada masa yang sama, Mohamed Azmin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata beliau bersama pengurus pasukan, Amirudin Shari akan merujuk kepada Exco FAS berhubung masa depan Durakovic dengan skuad Red Giants, musim depan.

"Saya tidak akan membuat keputusan sekarang. Ia masih terlalu awal dan saya akan membincangkannya dengan anggota Exco FAS.

Sejak terdapat banyak spekulasi mengenai masa depan Durakovic, saya tidak fikir adil bagi saya untuk membuat kenyataan berdasarkan spekulasi," katanya.

sh

 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...