SHAH ALAM – Agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah) adalah untuk menyertai kerjasama Pas dan Umno kerana Amanah parti yang terikat dengan DAP dan hanya akan mendengar pandangan daripada DAP.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekiranya Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti tujuan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
“Amanah ini terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. Jika DAP mahu mereka senyap, mereka akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka.
“(Kalau) Nak kerjasama, kita akan teliti terlebih dahulu bentuk kerjasama itu. Kalau ia dibuat demi kebaikan dan kepentingan rakyat, Pas tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu]
Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berpendapat, kerjasama antara Pas dan Umno bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah sepatutnya turut disuakan kepada Amanah dan juga PKR.
Ia perlu dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Mengulas lanjut, kata Muhammad Khalil, sebagai parti politik, Pas bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja atau mana-mana parti untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.
“Kami sentiasa menerima apa sahaja cadangan yang dibuat demi kepentingan negara, rakyat dan agama.
“Oleh kerana itu, bila adanya pelawaan daripada Umno untuk bekerjasama dengan Pas, kami mengambil sikap positif dan kami melihat apakah bentuk kerjasama tersebut. Kalau bentuk kerjasama itu dibuat demi membantu Kelantan dan agama, kita bersedia,” katanya.
sh
Apasal puak2 ni nak berhujah memburukkan Amanah mesti nak kaitkan DAP? Kalau tak kaitkan DAP maka langsung takdak hujah yang boleh digunakan untuk menjatuhkan Amanah? Nampak benar puak2 Hj Hadi ni langsung takdak dalil2 dan hujah yang bernas yang boleh digunakan untuk memburukkan dan menjatuhkan nama amanah dimata rakyat apatah lagi langsung takdak nas2 yang boleh menghukum ahli2 Amanah sebagai pengkhianat. Kalau ikut ajaran Rasulullah SAW, puak2 yang menuduh orang lain sebagai munafik serta pengkhianat tu yang lebih dekat kepada tuduhan mereka. Sekarang ni dengan usaha nak tidur sebantal dengan UMNO, PAS sudah dilihat sebagai parti Bohsia. Umpan je dengan janji2 manis atau dengan beberapa habuan yang tak seberapa terus jadi jinak dan lunak dengan UMNO. ish...geli den dengan diaorang ni!
BalasPadamNick.
Cape Tiger.
Ini PAN la.. Mana ada amanah langgar sumpah bai'ah dan harta wakaf..
BalasPadamAda ke sapa2 sini yg percaya bahawa PAN langgar sumpah bai'ah x de kena mengena dgn DAP?? Aku yakin DAP menghalalkan perbuatan tersebut sbb tulah ia berlaku.
BalasPadam