Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 05, 2015

PANAS!! : KENYATAAN LUCU DARI MENTERI NAJIB..HE HE HE

 Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR - Umno tetap menjadi parti terbaik untuk golongan muda dalam menyediakan platform kepada mereka memperkembangkan potensi diri, kata Pengerusi Kelab Umno Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, golongan muda juga dilihat terus memberikan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan parti berkenaan.

"Saya tidak merasakan mereka (golongan muda) lari daripada Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan pada Simposium Agroprenuer Muda di sini, hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, simposium itu, misalnya antara program Umno yang diadakan bagi menggalakkan golongan muda menceburi dan memperkembangkan potensi mereka dalam bidang pertanian.

IKLAN PENAJA
 http://teautonetwork.com/1444 
klik link bawah ini

Simposium dua hari bermula hari ini, itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2015, yang bertemakan 'Kedaulatan Makanan Asas Kekuatan Negara', dihadiri 400 peserta terdiri daripada wakil Kelab Umno Luar Negara serta Pemuda dan Puteri Umno.

"Apa pilihan yang mereka (golongan muda) ada ketika ini? Kalau mereka kata tidak suka Umno, nak pergi kepada DAP, apa yang dapat diberikan oleh DAP?

"Apa yang dapat diberikan PKR? Mereka juga dilambung pelbagai masalah. Rekod mereka tidak memberangsangkan, malah pakatan pembangkang sudah hancur," katanya.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, walaupun Umno berdepan pelbagai cabaran, parti itu berjaya menghadapinya dengan cara tersendiri.

"Umno sentiasa melalui cabaran dan gelora, ia asam garam yang dilalui mana-mana parti politik dan pemimpin. Jika kita lihat daripada rekod sebelum ini, Umno masih bertahan," katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...