Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 26, 2015

PANAS!! : Kemungkinan akan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas

 Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir

SHAH ALAM - Kemungkinan akan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas yang heboh diperkatakan pada masa ini, tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kerjasama kedua-dua parti itu jika menjadi kenyataan sekalipun tidak mungkin boleh menutup isu membelenggu Perdana Menteri.

“Walaupun asasnya kerjasama ini bertujuan ke arah perpaduan orang Islam (yang ada dalam kedua-dua parti berkenaan), namun pasti ada pihak yang membaca dari sudut lain bahawa kerjasama ini untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri yang pada masa ini diasak pelbagai isu.

“Skandal yang timbul terlalu besar, tidak mungkin kerjasama itu boleh menutup apa yang terjadi, Pas juga ada pendirian tentang 1MDB, isu wang derma dan sebagainya," katanya.

Isu kemungkinan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas menjadi polemik selepas Perdana Menteri secara terbuka menghulurkan salam perpaduan kepada parti Islam itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno baru ini.

Bagaimanapun, ramai berpandangan usaha membentuk kerjasama dengan Pas itu dibuat bagi memastikan kedudukan Najib dalam keadaan baik serta melenyapkan desakan sesetengah pihak yang mahu beliau berundur.

Menurut Jeniri, kedua-dua pihak perlu jujur dalam kerjasama itu terutamanya parti pemerintah.

“Ujian pertama Umno adalah dalam isu royalti minyak di Kelantan,  perlu tunjukkan kejujuran kepada negeri pentadbiran Pas bahawa tidak ada dwistandard,” katanya.

Beliau bagaimanapun tetap menyifatkan kerjasama kedua-dua parti besar itu memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, perpaduan teras pembangunan, kemakmuran dan keamanan negara.

 http://autod9.com/army 

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berkata, penyatuan Melayu adalah cerminan kepada perpaduan masyarakat di negara ini.

“Tidak boleh dinafikan perkara itu kerana sekian lama, bangsa lain turut merasai kemakmuran dalam negara di atas dasar perpaduan yang wujud. Jadi sekiranya perpaduan orang Melayu lebih kukuh, ekonomi juga akan subur.

“Kita akan lihat fokus rakyat kembali kepada ekonomi, berakhirnya zaman fokus kepada politik. Perpaduan 70 peratus umat Islam di negara ini menjadi teras kepada penyatuan kepada bangsa lain,” katanya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. Kalau sape2 boleh ingat ni kali ke berapa dah sebenarnya..? Kalau yg saya ingat ni dah kali yg ke 128 isu UG dibangkitkan oleh PAN tapi rupa2nya sampai ke saat ini masih x nampak bayangan jgk..

    Apa yg saya boleh simpulkan ialah isu UG inilah satu2nya talian hayat utk PAN terus hidup di persada politik tanahair walaupun DAP dah membantu sepenuhnya tapi PAN terpaksa berbalik jugak pada isu UG utk kelangsungan hidup PAN..

    X tahu program2 apa yg dirancangnya utk rakyat.. Perlembagaan sendiri pun masih tak siap2.. tapi nasib baik DAP ada maka bolehlah gunakan lambang DAP jika nak bertanding dlm PRU nanti.. pasti sesuai prinsip perlembagaan DAP dgn prinsip hidup para pemimpin PAN!!

    BalasPadam
  2. Bersatu tapi masih ramai Melayu berlapar. Bersatu untuk apa ???

    BalasPadam
  3. Bersatu tapi masih ramai Melayu tinggal di kehmah selepas banjir. Bersatu untuk apa ???

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...