 
 
Azmin perlu cakap berserta fakta, bukan beri jawapan selamat
Oleh NUR ASLINDA NASIR
18 DIS: Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard memberi 
amaran kepada Menteri Besar Selangor supaya perjelaskan beberapa isu 
yang beliau gagal tangani sehingga kini, termasuk isu pemberian tender 
secara terbuka kepada satu syarikat.
Katanya, penjelasan itu harus disertakan dengan bukti dan 
fakta, bukan hanya memberi jawapan selamat apabila isu tersebut 
ditanyakan oleh pihak media.
“Duit zakat, DEIG (Darul Ehsan Investment Group), pintu 
gerbang dia (Azmin) gagal perjelas hingga kini, isu balak ini jangan 
hanya nafi, jika benar minta Pengarah jabatan hutan jangan diam sahaja 
tampil tunjuk bukti proses tender.
“Dan saya tak tuduh dia duduk dalam ‘board tender’ tapi 
adakah dia nak nafikan staff kanan dia berjumpa org penting dalam 
pemutus anugerah projek balak tersebut?” soalnya menerusi Whatsapp 
kepada media
Semalam, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di 
Shah Alam menolak dakwaan Che’Gu Bard berhubung projek di kawasan hutan 
simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada 
syarikat tanpa proses tender yang betul.
DAFTAR FREE SINI 
Ini kerana jelas Azmin, pemberian tender itu adalah mengikut proses peralihan tender secara terbuka yang dibuat sejak 2008 lagi.
Menteri Besar Selangor itu dalam masa yang sama turut menyifatkan Chegubard sebagai pencacai UMNO.
“Yang jadi agen Mahathir itu Azmin, yang jumpa Rosmah 
dengan pergi ke kediaman Perdana Menteri itu Azmin, minggu lepas yang 
dalam majlis kahwin anak dia rai Muhyiddin dan puja puji Mahathir tanpa 
sebut sepatah pun Anwar itu Azmin.
“Yang masuk tv3 tuduh Presiden parti kronisma dan nepotisma itu Azmin,” katanya lagi.
Tindakan Azmin itu kata Che’gu Bard jelas menggambarkan yang beliau bukanlah pencacai UMNO seperti yang didakwa Azmin.
Dalam perkembagan yang sama, Che’gu Bard turut menjelaskan 
bahawa pihaknya akan ke TNB pada minggu hadapan bagi meminta penjelasan 
mengapa TNB perlu membayar RM13 juta dan membazirkan RM18 juta duit GLC 
untuk diberikan kepada dua syarikat terpilih.
Katanya, skandal dua kawasan balak tersebut adalah pintu kepada banyak perkara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...